Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Monday, July 25, 2011

'Bir Halal' (Barbican) disah boleh diminum

Highlight:


Menurutnya, alkohol terkandung dalam minuman terbabit juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan.


"Makanan atau minuman yg mempunyai alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan,kekacang atau bijirin serta perahannya hukumnya tidak najis dan boleh dimakan atau diminum. Manakala yg mengandungi bahan perisa atau pewarna mengandungi alkohol untuk penstabilan adalah boleh digunakan sekiranya ia tidak dihasilkan menerusi proses pembuatan arak dan kuantiti dalam produk akhir tidak melebihi 0.5 peratus."


*Alhamdulillah..selamat bleh minum (dan ntah berapa botoi dah minum) Barbican kat Restoran Saba', Cuberjaya tu hehehe

Sunday, July 24, 2011

Masalah rumah tangga akibat laman sosial terutama facebook

Just read in Harian Metro today - 25/7/2011. Kesimpulan berita ialah, suami isteri baru kahwin tak sampai setahun, belum ada anak. Isteri berFB dan jumpa kekasih lama. Isteri mintak cerai dengan alasan suami jangkitkan HIV kepada isteri. Sekali bila laki buat ujian HIV=negative. Jadi? mana isteri dapat? rupanya dari hubungan dengan kekasih gelap a.k.a kekasih lama tadi huhuhu aparaaa... kan dah dapat balasan on the spot...

Below nasihat By Datuk Khairul Anwar Rahmat, Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua:


Sekian buat renungan hehe



*bukan takat rumah tangga bermasalah, family pun pecah belah porak peranda..adoiyaaiiii

Saturday, June 4, 2011

I always believe...

that...

OPPORTUNITY SOMETIMES CREATE PROBLEM... AND...PROBLEM SOMETIMES CREATE OPPORTUNITY...

banyak contoh..recently jadi yesterday, on the way balik from Pagoh - menghantar adik ipar yg kawen dengan org Pagoh, so kenduri belah laki la nih..

kitorang singgah Melaka on the way balik Semenyih..konon nak naik Melaka Cruise di malam hari hehe (kitorang ramai ni - family 4 beranak-ku +mak pak mentua+ Fira&2 anaknya)...kesimpulannya..JANGAN LA gatal nak bejalan2 dimusim cuti sekolah yer...punya la ramai manusiaaa..

beratur panjang gila nak naik cruise tu..malam pun panas ya rabbi...tapi at the same time hujan renyai2...tapi bepeluh2 ok..Misha? memang tahap meraung la diaa...kesian huhu..(sampai tahap aku kata kat jimmy, dah dah biar saya tak naik Cruise, burn pun burn lah tiket..tak sanggup tgk anak nangis mcm tu - tapi jimmy tak bagi, biar dia dukung dan handle Misha :P)

so PROBLEM = Misha nangis meraung
OPPORTUNITY = adik jaga line tu bagi kitorang priority naik dulu - kesian anak nangis2 HAHA

contoh lain..kalau kerja...

PROBLEM=ko kena buat keje byk gila, handle pulak project/task baru, or tanggungjawab baru..memang pening bab haru biru utk jayakan task tu...
OPPORTUNITY=org nampak kemampuan dan insyaAllah dinaikkan pangkat, ye tak? or naik gaji hehe

OPPORTUNITY=maybe bila dapat naik pangkat or naik gaji..best gila kan..tapi
PROBLEM=org dengki plak kat ko..dah naik pangkat, naik gaji, suh ko sorang jek la buat keja HAHA or org asik peratiii ja cari salah..dengki kan hehe

macam macam...*sigh*

Thursday, January 20, 2011

Are you a Pencil or Eraser?



Pencil: I'm sorry....


Eraser: For what? You didn't do anything wrong.


Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.


Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)




I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.




This is for all parents out there..... Hang in there!

Tuesday, August 10, 2010

Tak Nak!

yaa..ini bukan iklan/kempen Tak Nak (isap rokok) tu ya..ini adalah feveret word Mirza skang nih *sigh* suruh mandi-TAKNAK, suruh gosok gigi-TAKNAK, suruh makan nasi-TAKNAK...taknak lah memanjang..penat la nak pujuk...

lama kan aku tak blog. bukan apa, sebab aku akan blog bila ada something yg terlintas/terfikir di 'hati' hehe and few weeks nih, tak dak benda lain yg aku fikirkan/risaukan is mirza punya perangai. risau sampai nak blog pun tak 'sampai hati' hahaha

org kata 1st child akan buat perangai bila dapat adik..perangai cmana tu ek? aku ingat dia jeles kat adik, buat adik ja la kan. tapi Mirza tak plak buat adik dia, tapi dia buat mama & ayah dia (dan sapa2 lagi lah yg terdekat huhu) tak boleh kata 'jangan' la..walaupun dengan suara yg amat super lembut gemalai..mesti dia trus nak marah 'nak kick mama' ' nak pukui mama'...kalau aku buat tatau ja, dia takat cakap ja la..kekadang aku pun bengang kan (lebih kepada frust & disappointed kot ngan perangai nak kick dia tu) so aku pun lagi marah or tinggi suara la kan..nah amik dia kick btoi2. Kalau aku dalam keadaan super sabar...aku nasihatkan la..tak baik kick, pujuk...tapi kalau dah dalam 10 kali buat perangai nak kick, wajib la 1,2 kali aku hilang sabar kan.

adakah anak saya disappointkan saya or saya sebagai mama yg over high expectation kat anak saya? (ni baru 3 tahun +, belum bab exam dapat no brapa kan) ya la, kita harap anak kita buat camni, jadi camni..tapi ya la..dia budak2 kan...TAAPIIII masalahnya pulak, Mirza tauuuuu..TAPIII dia saja taknak buat. tau benda tu tak baik and still nak buat.

bila habis sembahyang, pandai plak dia yg baca doa ' Ya Allah, bagi lah Mirza jadi budak baik. bagi mama selamat, ayah selamat, baby selamat.....' hmmm sejuukk hati mama, tapi kejap ja la hahaha

macammana nak handle nih? ada la jugak aku tgk org yg ignore ja bila anak dia buat perangai+ ngamuk2...adakah sebab anak itu sedang melalui fasa itu? nanti habis tak? huhuhu brapa lama nak kena tahan nih.

risau la...

***below conversation with a best fren, yg jugak baru branak 2nd baby girl in June (and her 1st child also a 4 y/old son)***maybe experience kami ni bleh dijadikan panduan bila situasi sama happen to u...(tak la panics gelabah katak cam aku nih kan hehe)

Ain: how's misya?

maiz_malik: so far ok ja..tapi abang dia yg tak ok.adeh la ainnn,aku sampai jadi risau, nak pi jumpa ustaz mana2 lah bagi lembut hati sket mirza tu.la ni kuat mengamuk..sket2 nak ngamuk. nak kick sedia..walaupun aku tak marah pun..tegur jangan ja..truih nak kick!

Ain: wei. sama mcm irfan.serious weii...diorg nie rebel sebab jeles. aku dlm pantang..pergh...mmg tak tahan ngan irfan. siap stress gile..

maiz_malik: ya ka..aku ingat kalau jeles, dia buat adik dia. ni tak..abih aku laki aku kena. hhuhuhuhu

Ain: tak weii.diorg jeles...adik tak kena..kite yg kena.irfan pun mcm tu..baling2 barang..nangis meraung kuat2. padahal takde ape pun..

maiz_malik: ya ka ainn..lega sket aku dengar camtu..maknanya memang tgh fasa camtu la eh.kena sabar jek la kan..abih2 ignore ja

Ain: wei mmg...tapi kite la kdg2 ilang sabar...hehe dont worry bkn mirza jadi budak yg tak baik..

maiz_malik: masalahnya dia tau benda takleh buat..sengaja buat. aku jiwa kacau tgk dia

Ain: tau takpe.irfan pun maiz.mcm2...iksh nak senarai mmg sakit ati laa

maiz_malik: selalu nak nangis aku nih risau..taktau nak buat apa dah..semayang doa byk2 ja

Ain: ya la...kite takut makin lama diorg makin naik lemak kan..aku paham maiz...

Ain: irfan bile tgk aku kasi arissa minum susu, nnt dia mintak susu jugak..pastu org lain takleh buat..aku kena buat at that moment gaks!tak haru kau dibuat nyerrr

maiz_malik: btoiiiiiiii..aku pun! time tgh bagi susu la nak mcm2. nak aiskrim, nak main computer tak reti, nak milo*sigh

Ain: haaa sama la kite!!!!!!!!!!!!!nak suruh mandikan la.padahal irfan mmg pandai mandi sendiri.mana kite tak pening maiz oiiii...

maiz_malik: time aku nak bagi mandi adik pun mirza sibuk nak mandi. nak mandi dalam bathub adik!

Ain: ha tau takpe..irfan siap nak mandi dlm besen adik dia tu!!hahahahah sama sama.....

Ain: see..they are just jelous maiz

maiz_malik: ooo..camtu kaaa...ish lega sungguh ain bila dengar

Ain: ya maiz..dont worry...

maiz_malik: tapi tu la..aku nak tau cara the best nak handle situasi camni kan. takut tersalah handle..lagi teruk jadinya..or dia terus jadi lagutu ja

Ain: aku slalu aku amik arissa sky layan irfan. aku pun worry gaks sebenarnya.aku takmo dia ade perasaan aku tak sayang dia.sky kalau balik2 je kerja...time irfan ade rumah, dia panggil irfan dulu...hug irfan dulu. then baru gi tgk arissa..we even taught him..irfan adelah org no 1 yg semua org sayang. lepas tu baru adik....so adik no 2..tapi still ade masa gaks dia buat perangai dia...eeiii

maiz_malik: ha ah kan..takleh predict. kejap tgh gelak ketawa, tiba2 switch jadi ganaih

Ain: haa mmg. eeii kalau pikir2 mmg pening gile pale aku. tu la...kite ni kena extra sabar.menguji tul kan

Tuesday, July 13, 2010

I'm Sorry Mirza...

Now is 2.20am...

Baru ja habis memujuk dan menenangkan Mirza. Dia terjaga dalam kul 2 tadi dan terus tanya "ayah mana? ayah mana? ayah mana?!"...bila agak2 sedaq dan bukak mata, mama kat sebelah and ayah takdak..apa lagi, terus la mcm mengamuk2 tau...jerit2 marah kat mama. mama tanya nak apa..tapi Mirza tak jawab pun..dok nangis pastu jerit kat mama...serba tak kena la..dia mcm tegaru2, mama nak tolong garu, tak bagi, marah...Mirza kata nak pukui mama! Mama kata ok, pukui la (Mirza pun pukui2 manja ja hehe)..pastu Mirza kata nak tendang mama! Mama kata ok, tendang la (Mirza pun tendang2 manja ngan lutut-dah mama dok dekat ngan dia kan :P)...pastu mama tanya nak milk ka? Mirza kata takmau, nangis2 lagi...then dalam dok pujuk2, ckp super baik dan elok kat dia...tiba tiba Mirza amik tangan mama and hug to sleep (mcm peluk bantai peluk tu)...terus mama peluk Mirza and mama tanya lagi, nak milk? Mirza angguk...dah tak nangis...

Salah mama ka, sebab beranak and pantang kat Alor Star? jauh dari ayah? dulu takpa la kan...beranak kat Mirza, rindu ayah pun, mama tanggung sorang. Tapi kali ni...awat tatau..susah btoi rasanya...Mirza byk mcm nak mengamuk (cepat sensitif) and selalu nak suruh mama marah dia...I know Mirza missed ayah sgt2.....tapi budak kecik ni tak reti nak express cmana kan...

Selain tanya ayah mana...Mirza selalu nak buat benda yg mama kata tak boleh...macam today dia main spray air (selalu spray baju nak iron tu). sepanjang hari dok larang, sampai suruh main kat luar umah la kan, kang habih basah semua benda...tapi malam tadi lepas cakap tepon ngan ayah...tiba2 Mirza kata "Mirza tak nak main ni (spray air) lah. Mirza dah baik dah (jadi budak baik dah). Mirza nak pi simpan spray"...aik? magic tak, tau tu yg main spray air tu tak baikkk...nampak sgt saja nak bagi org marah kan? nak buat perangai...hmmm

I'm sorry Mirza...adakah kesenangan mama berpantang di Alor Star telah menyebabkan Mirza tensen sebab sgt rindu ayah?

Memang sgt senang mama pantang kat sini, ada org tolong masakkan, ada org tolong jaga Misha (specially tengah2 mlm :) ada org tolong mandikan Misha...macam2 lah semua org buatkan. Tapi, seeing Mirza struggling dengan kerinduan kat ayah tu...buat mama rasa...rasa cmana ya? Rasa mcm, ok takpalah, I'm willing to let go everything and go back to Semenyih..takpa biar mama susah...jangan Mirza susah :

Lagipun sebelum ni mama rasa tak brapa sihat..but now dah 3 weeks berpantang, mama rasa kuat sket. Misha pun berat dah bertambah, sihat dan tak byk ragam (sib baik senang jaga-so far la, sebab dah susah time pregnen hehe)...Nurse yg mai check kat rumah pun kata bekas jahit mama dah heal, benang pun takdak dah...org urut + bertungku pun kata perut mama dah ok (batu meriyan dah elok)... Jadi, I'm going back to Semenyih weekend nih jugak! (+ my mom akan teman kat Semenyih hihi)

**sorry to Mek/Fit kalau kita tak sempat jumpa kat Alor Star. FYI, Sabtu ni I'll be in Titi Gajah, ada buat kenduri kesyukuran kecik2 saja, so if hampa free, mai la Taman Jaya sebelum Sabtu tu ;) And InsyaAllah I'll be back to Alor Star weekend sebelum posa (7 or 8/8) untuk follow up check up ngan Dr Kamaruzzaman :)

**Not sure how Jimmy's felt. Dia macam kena pasrah ja aku nak balik Semenyih before pantang ends...Jimmy nak aku rehat cukup2 time pantang, I knowwww....tapiiiiii...hati tarak tenang apa macam? hope he understands...hmmmmm

Tuesday, June 1, 2010

MIRZA



Rasanya most parents dah biasa sgt dengar pasal:




How to Handle Your Child's Temper Tantrum



kan? I also read alot bout benda2 ni..yer la..Mirza dah 3 tahun, semakin banyak akal lah dia. Most of the advice is to ignore (selagi tidak membahayakan). Tapi another thing yg rasanya membawa kepada Tantrum tu is dia tau yg dia akan dapat adik/baby baru..dan nampak sgt dia nak lebih2 attention from Mama dia yg tgh sarat ni huhu So mari kita start reading pasal:










How to Help Your Child Accept a New Baby



Dalam banyak2 advice tu, salah satu perenggan yg tak terfikir plak oleh aku is...




WARNING!



Remind your tactless or forgetful relatives and friends to pay some attention to the older child FIRST when they come to visit - and this does NOT mean asking "What do you think about your new brother?" or "How do you like being the big sister?" Ignoring the baby completely for the first fifteen minutes won't hurt the baby a bit but can do wonders for the older child's self-confidence. Avoid giving the impression that "all you can talk about" is the new baby.




Jadi...silalah buat2 layan Mirza dulu when you guys will be visiting new baby nanti yer hahaha kalau ada hadiah utk baby tu, kena ada hadiah utk Mirza jugak ke? cekelat ke ape ke murah2 dah la kan...dahhhh satu hal plak kan? camtu ke? hish macam macam kan...layaannnnnn ;)








And nasihat dari member yg dah berpengalaman & sedang pregnant anak ke-3 is: pay attention to ur older child, baby takpa, just make sure susu cukup-kenyang dan tidor cukup. tu ja :p




Mirza holding baby sapa ntah during Enggagement Manja at our house in Feb 2010.

Wednesday, March 17, 2010

Bila terasa diri ini disayangi...

sensitif mode plak aku lately pregnen ni.....asyik nak sebak dan mengalirkan air mata. tp alhamdulillah most of it air mata kesyukuran :)

On terasa diri ini disayangi Allah. cmana tu kan. Bila doa demi doa, keinginan demi keinginan....Allah makbulkan. Allah bagi apa aku hope for. Macam mana aku tak nangis? rasa gembira, syukur, rasa takut jugak...napa apa aku nak tuhan bagi nii..... My mom kata, maybe sebab kita selalu sedekah..ikhlas tolong org (yg penting apa buat tu ikhlas kan)...dan its also salah satu ujian Allah..true true. Sometimes Allah bagi kita masalah, musibah sebagai ujian..tgk kita ni sabar tak, ingat Allah tak. and sometimes Allah bagi kita kesenangan, makbulkan apa kita nak...nak tgk kita ni bersyukur ke tak..ingat Allah tak, jangan rasa riak dan bongkak... Kalau kebendaan seperti rumah, kereta tu kita boleh usahakan, cari wang ringgit..untuk dapatkan...tapi what about benda yg memang takdir sahaja yg menentukan..seperti berkahwin and end up dengan husband yg 'sempurna' (bagi kaca mata aku la) and dikurniakan cahaya mata (dan dapat boy ada, girl ada-insyaAllah)...tak ke sebak dan bersyukur sgt sgt sgt... My mom jugak kata...rezeki tu tak datang dalam bentuk wang ringgit dan kebendaan sahaja...true true...dapat anak, rezeki tu...dapat makan apa nak, rezeki tu...doa dimakbulkan, rezeki tu...btul tak.

Jadi bersyukur tu penting...tak kira kalau dalam kesusahan pun, syukur, ada org laaagi teruk. kalau dalam kesenangan pun, syukur, beringat-ingatlah....

Kan aku kata, emoticon aku nih sejak menjak pregnen. Haritu time aku teruk morning sickness, Jimmy buat semua benda pun aku sebak....nangissss...ucap terima kasih kat Jimmy..sanggup dia buat semua benda..sikit pun tak merungutt..tak mengungkit..muka kelat sket pun tak dak! tak dapat habuan apa pun..ada gak org sanggup buatkan utk bini kan hehehe

*oh btw.....smalam buat detail scan, Dr kata insyaAllah baby girl..aku nampak jugak! memang baby terkangkang haha tak malu sungguh...hopefully keluar nanti memang btul girl la haha

Tuesday, March 9, 2010

30 days to 30 years old

oh tidaakkk..sudah nak masuk 30 tahun hahaha tapi ala, patut panics ka? ok ja kan aku rasa. Maybe sebab aku rasa cukup dengan kehidupan yg ada skarang, alhamdulillahhh. Looking at where I am now, I'm not asking for more...I just pray Allah wont take it back :

Sebenarnya tak terpikir pun pasal turning 30 nih. tapi tiba2 tersentap bila dok borak2 ngan Mirza - pasal birthday dia la and we were talking 'Mirza is 3 years old, mama is 30! years old' (baru tersedar, ha ah 30 laaa hahaha). hari2 sebelum tido mesti dia nak, mama crita ar epi besday to u...hihihi sudah pandai demand. no more crita sang kancil ka sang lion ka :P so crita la besday kek Mirza, games we gonna play at his besday party and theme besday Mirza: ok nak pecah rahsia ni, we are planning for Safari/Zoo theme. So wajib lah ada lion, elephant, zebra kat kek dan cupcakes Mirza kan. While we surf for cupcakes pics, we came across this cute cupcakes with pics of elephant, lion, zebra, bear & pig. Tapiiii...Mirza kata ' Pig tak payah, Pig haghaaammmm' hahahaha cute pulak dia sebut haram tuh kihkihkih

Tapi every year pun memang mama lupa my own besday..sebab sama ngan Mirza kan..asik ingat Mirzaaaaaa ja hehe this year dapat kurasakan ke-best-an-nya sebab Mirza is so much involved in planning for his party. We gonna do the gift-pack together, party hat together and binocular- one of the party gear. suka la dia sebab melibatkan kaler2.. tampal2..gam2.. gunting2.. haihhhh wajib comot! hehe oh and what kind of food to serve...Mirza nak biskut bear haha and lots of chocolate/sweets - he was saying bout pecah2, pom2! pas tu keluar cokelat, semua org kutip2 simpan dalam poket! hahah I think he was referring to pinata lah kan hehe

Hopefully the party akan berjalan lancar seperti yg di-plan :) invitation will be out by end of this month kot - not sure nak buat 10/4 ke 17/4 hmmm...korang available bila?

Itu sahaja kisah saya yang akan mencecah usia 30 tahun hohoho tapi rasanya kisah 30 tahun ni will not stop here - Jimmy is taking us to Hong Kong Disneyland end of this year (wuhhuuuu! hadiah besday+hadiah beranak kot haha), tapi tgh konpius, baby aku nih nanti umur 4 bulan..bleh handlekah bawak pi HK nih? tapi parents in law + anis + elon pun ikut sama...so ok lah kot kan? agak2 takleh handle, ada bantuan hihihi *kalau tak bawak- kesiannyaaa nanti takdak dalam gambarrrr huhu .. apa pun pikir nak beranak dulu boleh? :P

Wednesday, December 30, 2009

Aaaku bukanlah superman....

Aaaku juga bisa nangis...biiilaa.......................rasa sgt loser lately...

buleh?

Aku tak larat nak kemas rumah, naik turun tangga pun penat, nak muntah sepanjang masa (dan really really muntah tidak kira pagi petang malam), tak kuase memasak, tak terlayan anak dan laki...I feel so teruk!

sib baik Jimmy pujuk bila aku tetiba emo dan menangis mengenangkan ke-lembik-kan aku time pregnen kali nih...

i hate my condition rite now.

aku malas nak keluar2, malas bersosial..ye la, asik nak muntah kan, jumpa org pun malas nak bukak mulut, takut termuntah. kalau pi majlis2 or makan2 lagi la..bukannya lalu makan pun..kang muntah? dah..org lain pulak tak lalu nak makan hahaha

sekian.

Wednesday, December 9, 2009

Ubat tahan muntah...

Pregnancy kali ni lain sket ar...haritu time Mirza, takdak pulak sampai kena amik ubat tahan muntah...sekali sekala ja rasa loya2 tu.

This time..aiyoohh..everyday dan everytime huhu lebih teruk adalah dalam 10am dan 5pm. So wajib muntah ar time2 tu. tak kira la keluar something or not..sebab kekadang tak makan apa pun..so apa nak kuar pun kan hehehe

Tapi penat ar muntah ni kan..terasa tarikan yg amat scary dari perut..hmmm...sampai sakit belakang2...haihhh...

I think I've got 1 more month to go...harap sgt after 1st timester ni the loyaness will END!

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat hari raya aidiladha utk semua :)

Terasa tak dak life plak dok berblogging di pagi raya ni.

Jimi bawak Mirza pi tgk org sembelih lembu kat area Semenyih ni. (hopefully dia tak trauma lepas tgk tu huhu)

Aku? mabuk hehe yes, as most of you dah tau, aku pregnen anak kedua :) yey! (memang plan and plan nak beranak bulan 7 tahun depan hihihi sama bulan besrday ngan jimi plak)

So, raya pun mcm tak raya ja rasa...loya dan cepat letih dan cepat lapaq...adehh....

Tak sabaq nak abih first trimester of pregnancy nih...Doakan semuanya selamat yer :) TQ

Kekeciwaannn...

Thursday, 12 Nov 2009... pencuri/perompak telah pecah masuk rumah parents aku di Taman Jaya, Alor Setar.
Situasinya: Its around 8am. Manja was home alone, bersiap2 to balik UiTM Arau-she got exam at 2pm. My father was out to Sungai Petani. My mom was in my house, Semenyih, having breakfast. Suddenly Manja called my mom, panics, saying ada 2 org laki mencurigakan, nak panjat masuk gate rumah (before that depa bunyikan loceng bertubi2 - rasanya nak check line clear ka dak la kan) Being home alone, ofcoz Manja tak bukak pintu, duk diam2 dalam rumah sambil perhati ja perangai 2 laki tu. Bila no one reply to bunyi loceng, 2 laki tadi start panjat pagar. Then start kopak kereta Satria and curi apa2 patut. Manja punya panics toksah kata la kan - I CANT IMAGINE! geeessshhhhh! 'Mama!..mama!..depa nak masuk umah!..depa nak masuk umah!...apa adik nak buattt!...' (Polis?! dont ask!...adik aku call kata pencuri tgh nak masuk umah, and they reply: releks la..jangan kalutt...ish saya taktau la rumah kat mana ni..taman jaya kat manaa...). Then one of the laki pi ke pintu belakang and Manja heard he said 'oh,ni boleh kopak ni' and dia pun patah balik ke kereta dia utk amik alatan mengopak! At that very moment..Manja nekad, bukak pintu belakang and lari ke rumah jiran belakang (sib baik ada pintu pagar kecik menghubungkan dengan rumah jiran). Laki tadi yang patah balik dengan alatan mengopak terkejut la kan, apasai pintu dah terbukak? Dia agak panics, tapi dia kata lagi ' alah, ni mesti pompuan ni..takutt' dan terus masuk amik apa boleh capai (and Laptop Manja is the one dia dapat)...so it ends dengan Manja trauma dan report polis (malas nak crita bab kebodohan pegawai2 inih *geleng kepala*)

Thursday, 19 Nov 2009... pencuri/perompak telah SEKALI LAGI! pecah masuk rumah parents aku di Taman Jaya, Alor Setar.
Situasinya:Kali ni parents aku is around, Manja ada, Kak win dan her 3 boys also ada. Depa baru balik from tolong2 kat rumah kenduri, dalam jam 2.00pagi. Semua tertidur after that...bilik master is locked (my mom and 3 boys), bilik 2nd tak lock (both my sister sleep sini) and 3rd room pun tak lock (my dad-memula tertidur kat sofa dia kata, pastu pindah pi bilik 3rd nih). So pencuri telah masuk ikut pintu depan, which is sliding grill and door. Telinga utk padlock itu telah dipotong, tolak ja utk bukak grill, pastu sliding door punya lock pun dah ntah kemana (slising door senang ja nak kopak kan). Tapi yg herannya, sapa pun tak sedar. My dad punya phone yg ada disebelah dia diambil pun tak sedar, wallet (abih la suma kad2) dan kak win punya beg dan jugak kad2 dan jugak handphone. Tapi nasib baik tidak ada sesapa yg diapa apakan (tapi loya la jugak memikirkan ada org masuk bilik time kita tidur tak sedar kan..maghahnyaaa!)...Bilik master yg di lock tidak dimasuki. Subuh barulah my dad tersedar..memang tekejut dan panics tgk pintu terpelahang luas :( Tak tau la the same pencuri or not... report pun utk cukup syarat ja la kan..Polis mana bleh buat apa pun...*geleng kepala*...

Wednesday, 25 Nov 2009... pencuri/perompak telah LAGI LAGI! pecah masuk rumah parents aku di Taman Jaya, Alor Setar.
Situasinya:Time ni no one is around, semua mai KL (on 22.11.09) sebab still trauma akibat kena pecah masuk 2nd time tu kan..TIME ORG ADA RUMAH NIH PUN KENA PECAH RUMAH KANNN....lagipun nak Raya Haji kat umah Kakwin kat Kinrara. My dad dapat berita from kawan dia yg jugak jiran kat Taman Jaya tu. Everyday Uncle ni akan pi tgk2 kan rumah and bagi makan ikan. So pagi2 dia tgk pintu grill dah kena kopak (macam selak buku/kertas tu). This is because kitorang dah beli clamp and clamp kiri kanan sliding grill. So dah tak boleh tolak grill. Rumah berselerak tak tau nak kata lah. I think pencuri ni is looking for barang kemas la. Silap la kan, family aku memang tak minat barang2 kemas nih and tak simpan di rumah pun...

So, cmana tu? Can someone please......hmm..ntah la..apa aku nak cakap pun taktau dah... Tiga minggu berturut2...seminggu sekali rumah dimasuki pencuri/perompak....

Next step, precaution yg akan di ambil (tapi apehal kan?! pencuri nak apa lagi? rumah parents aku bukan banglo pun..tak mewah pun....apehal? hish..memang tak faham..sabar jek la)... 2 benda that I suggest to my parents:

1. I've already sign up for ADT -Monitored Security Service for my parents house in Taman Jaya. They cover:
•Burglary - kalau pencuri masuk, alarm signal will be sent to monitoring center. ADT will call owner to confirm, and alert police.
•Threat of Fire - fire/smoke detector, alarm signal will be sent to monitoring center. ADT will alert fire engine.
•Duress - ni contoh kalau kita diugut, perompak dah letak parang kat leher kan, suh kita off alarm, kita ada secret code, bila kita tekan, monitoring center dah tau yg itu code utk kena ugut..camtu arr...
•Police Emergencies - kalau alarm bunyi, and ADT call owner, tapi owner tak angkat, then they will straight away call police.
•Medical Emergencies - tekan button utk medical emergency, ADT will immediately call for ambulance.
Harga tak la mahal sgt. Ada one off charge, ikut brapa banyak entrace (tingkap & pintu) kita ada, kalau lagi banyak, lagi mahal la sket. And monthly charge is RM75. ok la kan?

2. Panggey la ustaz2 ka org alim ulama untuk mai pagar rumah. Bila once dah kena masuk ni kan, macam senang plak pencuri tu nak masuk lagi dan lagi. Mana tau pencuri tu pun pakai ilmu...so to clear the house...hmmmm korang ada kenai sapa2?

Doakan keselamatan dan ketenangan hidup di rumah Taman Jaya itu untuk my parents ya :) TQ allllll....

Wednesday, November 4, 2009

mama's angelsss

Di suatu pagi, saya sedang meng-drive, on the way to LCCT untuk menghantar mama & apak for their Bandung Holiday Trip :)

(tak ingat apa topik perbualan yg trigger my mom to say this...but, i think the situation itself hehe)

Mama: dulu2 mama selalu pikiaq. ish, macam mana la mama nanti. anak2 semua (3 org) pompuan. kot mama nak pi mana2, sapa nak bawak mama. dak la, time tu pikiaq takdak anak laki, semua pompuan. Tapi, ha tgk la. Alhamdulillah. Buleh aih mama nak pi mana, nak buat apa, semua anak2 mama bleh tolong.

thinking of it...ada betulnya gak kan? zaman dulu2 kan pompuan lemah gemalai kot? nak drive2 sana sini, long distance mana berani kot. dah tu kalau dah kawen pun satu hal, kena ikut laki la, kalau laki tak bagi, lagumana? tapi, btoi la, alhamdulillah, anak2 mama boleh berdikari, dapat laki pun yg tak merenggangkan ikatan ibu-anak. so takdak beza pun anak laki ka pompuan ka. Tak semestinya kalau anak pompuan, nanti takleh jadi ur 'driver' (when u r old and tak larat drive la) or takleh bertukang or takleh do anything yg anak laki selalunya buat. dan tak semestinya kalau anak laki, nanti takleh jaga mama (when u r really sick specially - mandikan/bersihkan/masak suap makanan) - Jimi did all that time mama dia sakit once upon atime dulu. so...

...at the end of the day, we hope our son/daughter can be someone that we can rely on...

and I believe, it starts with our own didikan. memang kita naaaakkkk sgt manjakan anak, naaakkkk sgt do everything for anak kita...tapi, takleh terlampau, sampaikan anak takleh bedikari or terlampau suruh anak buat sampai mengambil kesempatan (kita malas buat apa2, suh anak lah hehe)...

fikir-fikirkan...dan selamat beramal :)



*gambar hiasan: Hari Raya Aidilfitri*

Monday, October 12, 2009

Drive Me Crazy...

Routine setiap pagi sekarang adalah....memaki hamun dan terjerit jerit tension dengan driver2 yang bangang! hohoho

Setelah beberapa bulan dengan aman bahagia membonceng motosikal yg ditunggangi oleh Jimmy ke tempat kerja, sekarang kena drive sendiri..haa..barulah rasa..hahaha

Ntah hape hape lah driver zaman sekarang nih kan...cam kau sorang lah nak cepat kan! *%^(%$&$#&%* haa dah start maki hamun lah ni hehehe

I Miss membonceng motosikal sambil memeluk Jimmy :) hihihi

Tuesday, September 1, 2009

1st day...

*iklan* i miss kakmin, kak ida, zaiton, syida & ain *iklan*

1st day adalah sangat memenatkan. bukan kerja berat, tapi penat panics haha met the GM and cakap panjang la pulak kan (terus rasa dahaga, awal pagi lagitu, adeh puasaaa puasaaa) hehe

*iklan* i miss kakmin, kak ida, zaiton, syida & ain *iklan*

pastu di bawa berkenalan dengan rakan2 sekerja and bila ditunjukkan meja aku, wah...tak penah ada workplace sebesar ini haha maklumlah, biasa duduk tempat kecik2 saja. nama pun kuli keh keh keh (skarang pun kuli jugak, tapi kat state memang mewah sket kot) terus blank, apa lahh aku nak letak kat meja besar2 nih (kalau kat tmnet dulu, kiranya meja aku+meja elly).

*iklan* i miss kakmin, kak ida, zaiton, syida & ain *iklan*

pastu aku dapat sorang assistant...camna nak handle tu? tak penah ada assistant kan, dulu memang one-stop-center..semua kerja aku kena buat sorang hehe

*iklan* i miss kakmin, kak ida, zaiton, syida & ain *iklan*

kesimpulannya, alhamdulillah tempat keja baru ni ok. cuma pening kepala nak belajar all the systems yg perlu guna, when to guna, work flow for each task. takpe, 'saya cepat belajar' << ayat ketika interview dan bila GM baru tanya pasal product2 baru keh keh keh *iklan* i miss kakmin, kak ida, zaiton, syida & ain *iklan*

yang bestnya adalah, takdak kerja yg berkurun2 pending hehe sebab start fresh kan..so bagi ja terus buat (azam baru nih, taknak berlengah2 dan belambak2 kerja pending) insyaAllah...

*iklan* i miss kakmin, kak ida, zaiton, syida & ain *iklan*

..................Syida called and said I MISS U huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........

Saturday, August 29, 2009

Merdeka 2009 untuk saya...

31 August 2009 bermakna saya Merdeka dari jajahan JK-da-CEO dan juga EW-da-GM hahaha kerana pada keesokan harinya, iaitu 1 Sept 2009 saya akan pi lapor diri ke tempat kerja baru, YEY! Berjaya transfer! alhamdulillaaahhhh yg tak terhingga. Nak cmana lagi.....apa nak alhamdulillah dapat, jadi Maiz, jangan lah mensia-siakan peluang ini. Saya berjanji akan kerja sungguh2 kat tempat baru. Hopefully dapat learn new things dengan pantasssszzz and contribute something... which i feel lacking disitu at my old place hmmm Maybe its been too long, 7 years...di tambah pula dengan special interest org atasan terhadap certain 'things/people' heheh frustrated sudah sampai ke tahap maksima :(

Itu work wise...tapi friendship wise...sgt mendukacitakan untuk ditinggalkan. I really love my bos, Kak Min and Kak Ida. I love my friends around me, Zaiton, Syida, Ain, Elly, Apit, Zehan, Kak An (yang kat menara ar..kat Cyber memang dah terpaksa berpisah akibat pindah opis kan huhuhu) Gila close kitorang...hhuhuhu But, I believe our friendship will last sampai bila2...we can always get together2. Cuma I will really miss pegi ofis everyday, sharing crita of what happened yesterday (work and family), bout Mirza camni, camtu....we can share just bout everything! They keep me going... Can't imagine how my work life will be without them nanti hmmm

Doakan yg terbaik untuk saya na? TQ :)

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

gambaq lama ja, yg baru tak sempat amik - tercuti on my supposedly last day! haisshhh

Monday, August 10, 2009

Hobi terkini...

Aku lately nih keje ntah hapa2 sket......(bukan niat nak bermalasan, this is so not me...tapi...tu lah! aku nak blah cepat2 tak bagi, kan dah malas buat keje :P)

Jadi hobi terkini adalah membaca blog..bukan sembarangan blog, tapi blog 'bisnes' women and 'bisnes' partnersnya hihihi (*adalah kena mengena dengan yg masih hidup dan MLM)

Sebelum ni dok dengar crita2 saja, sebab I've been approached to join..dan hampir2 jugak lah nak join. Tapi turn off dengan sikap suka menunjuk2 ahli2 'bisnes' women/men nih.

Tapi terjebak plak baca blog2 'bisnes' women yg sangatlah dasat bercerita tukar kereta changgihhh (selepas baru 4 bulan join 'bisnes'!) - lancer, harrier, estima, merc dan segala mak neka lagi kereta yg hebat2! sebelum ni pakai kancil jek! fuh! pastu dapat pi bercuti free ke oversea, dapat beli baju 500++ utk ahli keluarga, dapat sponsor shopping, duit berlebih lebih sehingga taktau nak wat apa kot hehehe

Membuatkan aku terfikir... kalau tak join pun org tukar kereta baru dan hebat kan? boleh beli rumah baru (dan mungkin beberapa bijik) kan? boleh pi bercuti luar negara jugak kan? boleh sponsor dan beli barang yg mahal/branded gak kan? tapi org lain tu nape tak BERCERITA dan meng-GAH-kan plak eh?

Tak salah ber'bisnes'...tapi sikap sgt menunjuk2 dan bermegah2 ni buat aku heran la. Tu blom masuk part kita dicemuh kalau tolak pelawaan untuk join 'bisnes' diorang lagi tu!? Sungguh terasa big looser bila taknak join. *sigh*

Kepada kengkawan yg dah join 'bisnes' MLM ni dan kalau berjaya pun, tolongla jangan pandang hina sgt org lain yg tak join - contoh seperti aku nih. Kalau kita susah, ada org laaaaaagi susah dari kita..so bersyukur lah. Kalau kita kaya raya pun, ada org laaaaagi kaya dari kita...so sedar2 diri tu sket, jgn nak berlagak sgt.

Wednesday, August 5, 2009

Just realize...

...betapa penting dan susahnya kerja sebagai HR (now is like 2.30am, I woke up and can't sleep thinking of my job transfer...and after what happened to my colleague today). Sebelum ni aku (dan org lain selalu kata) kerja HR ni senang (yet lembab)...seperti menyediakan surat menyurat, manage file pekerja2, arrange training2, menghabiskan bajet dengan useless team building dan sebagainya... Tapi today, totally different... this is people's life you are handling - their work, periuk nasi and happiness (we are at work sepanjang siang ok!). Sedar tak tindakan anda sebagai HR menyebabkan people cry...tak lalu makan...sleepless nite...sakit hati terlampau...bottom line is, it affects your whole system! dan tak senanglah hidup HR itu yang telah menganiaya org!

Aku tak halalkan: gaji buta korang yang sengaja melembab lembabkan urusan ini
Aku maki hamun sikap: smalam cakap lain, harini cakap lain, esok cakap totally different stories
Aku sumpah hidup kau: kerana menganiaya dan tak bertanggungjawab atas tugas sebagai HR

*HR yg dimaksudkan hanyalah kena mengena dengan tempat kerja saya dan tidak semestinya semua HR sebegini rupa... But I still think your HR job is seriously important, bukan calang2 org ada sifat people orriented dan layak menjadi seorang HR.

Tuesday, July 28, 2009

Ketidaktentuan...

Pending lagi 2 benda yg masih ketidaktentuan dalam hidup saya..benda yg paling penting la, bukan benda remeh temeh seperti 'jab gi hujan ke tak?' or 'adakah saya kena demam denggi?'...tetapi sangat super penting iaitu:

1. Pertukaran tempat kerja - dapatkah saya tukar tempat kerja secepat mungkin, kerana kalau lambat, majikan baru dah tak larat tunggu dan ramai lagi yg apply...maybe majikan baru akan amik ja sapa yg boleh masuk cepat...huwaaaaaa....sia sia ja. tempat saya sekarang sudah ada pengganti dan GM dah sign untuk lepaskan saya..dan paling penting dah takdak hati nak buat keja skarang...camno tu?!
IMPLIKASI: sgtlah penting hingga menyebabkan emosi tak stabil, tak bleh tidor malam dan di saat saat genting boleh membawa kepada pertumpahan air mata huhu
RASA NAK TERAJANG: apabila saya merayu dan mengharapkan proses pertukaran boleh dipercepatkan oleh HR, HR punya bos memberi jawapan ' what do u expect? this is TI EM' ??!!! dan boleh bila terjumpa di building tempat majikan baru (saya kekadang pegi sbb ada meeting), boleh bos HR tanya saya 'eh, dah keje sini ke?' dengan tersenyum sinis dan MEMANG PERLI la kan..ko bos HR takkan taktau aku dah lepas ke tak!
HARAPAN: masih ada, kerana manager HR (bawah bos HR tu) sgt prihatin dan efisyen, I LIKE! Dia kata saya takyah tunggu sampai bulan September, dan boleh pindah tempat kerja secepat mungkin...amin.

2. Bila nak dapat pengganti keretaku niii - sudah 2 kali terlepas kereta idaman kerana lambat made decision..huwaaaaa ye la, bukan skit2 RM nak kuar ni, bukan sebulan dua nak pakai niiii...haiyyaaaa dah bukan rezeki, ye tak? nak sedapkan hati hehe
IMPLIKASI: juga sangat penting sebab kerja sekarang kena meeting sana sini dan kekadang ada event, sgt patah kaki dan mengharapkan belas ehsan org nak tumpangkan. Dah biasa independent kan, nak ke mana2, pacu ja kereta sendri hihi patah kaki patah kaki....tension tension hmmm
RASA NAK TERAJANG: apabila saya telepon dealer kereta import itu, dan dia dengan konfiden kata ada-ada kereta yg saya cari itu dan dengan spec yg saya nak tu..alih alih pegi (bukan dekat2 nih!..dah la kena ajak kawan tumpangkan kereta dia) takdak pun yg dia kata ada tu kat showroom dia, dan spec ntah hapa2, tak sama dengan yg saya cari! apakah! hellooo..saya nih datang jauh tau! kena tumpang kereta org pulak tuh! hangen lah nihh....
HARAPAN: juga masih ada, tapi terpaksa gamble lah..kena jugak buat booking walaupun kereta masih blum tiba..(seems like everybody is doing that - booking & loan dah approve before they even see the car! - series mcm goreng pisang panas ini kereta) harap dapat seperti spec yg dijanjikan dan tak kena tipu. Kalau tidak, kena restart cari baliikkkk....

*saspen saspen..mana dapat dulu, tukar tempat kerja or kereta jeng jeng jeng...