Monday, November 22, 2010

Hong Kong Disneyland Trip














Kali ni btol2 punya cuti2 holiday ya :) aaaaahhhhhhhhhh Hong Kong Disneyland...what can I say..Its so magical :) .... *terus tak reti nak xpress cmana lagi dah* ;)


Wednesday, November 3, 2010

3 hari 2 malammm...

bukan pi cuti-cuti malaysia..tapi pi bermalam kat Hospital Pakar An-Nur, Bangi ;p

terasa aku ni seorang mama yg bongok...4 weekends dah tak baik2 selsema & batuk kahak & breathing difficulties (asik kena sedut hidung ja) and 4 times went to klinik biasa/Dr. biasa and tak baik2 jugak...baru nak pi paed/pakar kanak2...bongok kan.. *sigh*

i should have pi paed awai2 lagi...huwaaaaaaaa sorry Mishaaaa...

tak sangka begitu kronik...tapi menurut paed..memang nampak mcm healthy..tapi actuallynya..kalau batuk basah/berkahak berterusan..non stop..and budak pun mcm merah padam meneran batuk tu..memang something wrong.tak normal lah tu...mana nak tau, tak penah ada history family asthma (jimi pun takdak family asthma)...tapi Misha belum tahap asthma yg teruk tu..hopefully takkan berulang lagi. and hopefully after this no more kena admit to hospital.

Mirza dulu penah kena admit sebab cirit birit yg teruk, efek from viral fever. Kena admit and cucuk tangan lagi..umur 8 ka 9 bulan kot..apa pun before umur setahun la..ciann..darah2 yg mama tak tahan tu. Sib baik sgt Misha tak kena cucuk tgn...tak sanggup tgk tangan kecik kenit gebu kena cucuk! Tapi after that, Mirza tak dak dah kena admit..so far ok la..demam selsema gitu2 la..takdak la yg kronik..alhamdulillahh...

Tapi cian gak Misha kena admit, neb every 6 hours and chest physio (with suction)..seksa jugak suction tu eh...tapi for me as long tak melibatkan darah..takpa..mama tak pengsan haahaha lagipun kesian dia takleh bernafas melebihi segalanya..tolonglah suction, as long anak saya sihat dan selesa selepas itu..tu ja yg mama nak huhuhu

pictures taken from mobile phone, sorry quality low sket...pics yg melibatkan Misha tgh terseksa kena suction ka..kena neb ka..memang tak amik...I don't wanna remember :(






Misha and her tong gas huhu

too small for katil hospital kan? hehe


And this pic below..its time to go home! yey!


Friday, October 22, 2010

Cita-cita

Dulu aku rasa pernah letak post pasai Jimmy tanya Mirza, nanti besar Mirza nak jadi apa (& siap bagi option..nak jadi engineer ke, pilot ke, dr ke..camtu la) and Mirza jawab "Mirza nak jadi LION" hehehe I think somewhere before birthday 3 tahun (tu yg tema birthday pun Safari+dia jadi lion) hehe..



Baru2 ni..di umur 3 tahun lebih..hehe Jimmy tanya lagi..Mirza, nanti besar Mirza nak jadi apa? nak keja apa?


Mirza: Mirza nak bawak cekadok (jengkaut tu laa..dia panggey cekadok) - sambil buat gaya tgn dok kaut tanah hehehehe




Ya Allahhhh anak akuu...hahaha dia ingat bes kot kan?

Monday, October 11, 2010

Sekolah Mirza

Mirza belum pi sekolah lagi. Skang hantar ke baby sitter, rumah dalam Tmn Pelangi Semenyih tu jugak (aku kat Jln 4/4, babysitter kat Jln 3/8..dekat jek).

Tapi berfikir fikir untuk hantar dia ke sekolah next year - 4 tahun.

Nak hantar pi mana eh?

Antara yg menjadi pilihan utk disurvey2... (baru nak survey..agak2 full dah apa by the time aku nak register end of this year huhu)..di tambah pula dengan Jimmy yg langsung tak mau discuss pasal nak hantar Mirza to school ni. kenape ek? (kot2 korang lebih memahami laki aku haha) Asal aku ckp bab nak hantar Mirza ke sekolah jek, mesti dia terus elak..mesti dia cakap tunggu dulu..kena tgk elok2..tunggu dulu..Mirza kecik lagi hmmmmm...ye ke?

eh..aku tgh cakap pasal pilihan utk di survey kan...here goes:

1. Real Kids Cyberjaya - aku on the way to kerja, drop ja dia kat situ, then balik sekali ngan aku. (ok kah real kids?)
2. Smart Reader, Tmn Pelangi Semenyih - tapi aku rasa pagi saja, tgh hari kena amik and send to rumah baby sitter..larat ka aku nak ulang alik time lunch cyberjaya-semenyih-cyberjaya? kalau Smart Reader ada transportation pun..percayakah aku? ark!
3. Kunun nak islamic, nak hantar ke Genius Aulad..tapi Bangi la pulak...(mungkin tidak)
4. last last...aku hantar jek ke PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) kat Pelangi Semenyih, so tgh hari dekat nak balik umah baby sitter. PASTI kat Jln 3/9..umah babysitter kat Jln 3/8 hahaha (Jimmy plak risau..dia siap nak survey budak2 yg pi sana cmana..takut ntah hapa2...(eh ada respon plak dia)) haiihhhh

tolonggggg...

Sunday, October 10, 2010

RainbowS = Pelangi Semenyih hehe

Aku memang dah lama ada idea nak let go barang2 yg sudah tak digunakan or tak penah guna yg aku dok simpaannn ja tu. Some of my frens pun ada buat blog utk letgo barang2 nih..cuma aku nih tak terjalan jalan lagi idea tuh hehe..malas..

Tapi apa pun skang dah start: http://maizmalik-rainbows.blogspot.com/
*thanx to someone yg berminat nak beli prop birthday party tema cowboy Mirza dulu tu haha

Feel free to visit and rekemen kat sapa2 yg agak2 interested :)

Sunday, October 3, 2010

Al-fatihah

Al-fatihah buat arwah Ahmad Faizol - bekas tunang Manjalara (my sister) yg passed away last Friday..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..aminnn..

FYI, arwah meninggal disebabkan cancer kulit..dah merebak ke tulang. we all know pun lepas bertunang...tiba2 ja dah stage 4 dan cronic....

Thursday, September 23, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010


Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

ikhlas dari,

Mohd Zaini

Maizura Eliana

Mirza

Misha


anak teruna den, Mirza :)

My family - with my dad, mom & adik-Manja


Salam..dah terlambatkah utk wish selamat hari raya? hahaha


Tahun ni aku agak kalut, barulah terasa kepanics-an menghandle 2 org anak...tera nak siapkan sorang demi sorang hehe tapi terasa sgt lebih bahagia dengan kehadiran baby girl Misha for this Raya :) dan walaupun aunty2 Jimmy yg kerek telah berpakat utk kunun boikot family Jimmy dan tidak mahu pulang beraya di kampung (heh! their lost!)..kami sket pun tak terasa kekurangan or kehilangan..:p raya la hampa kat KL tu :P


Raya tahun ni pagi raya di Taman Jaya (my parent's house) - ya, walaupun kahwin dengan org se-negeri, kami tetap berebut hahaha sambil berkira/bergilir malam raya tido kat umah sapa hahaha (and maybe menghitung jam..dah brapa lamaaa kat umah sapa keh keh keh) tu tak termasuk nak beraya umah sedara dia..and umah sedara aku..which is berlambak2 kat alor staq tuh kan...and rumah kawan2 lagi..uihh..panics panics! tapi sgt best! meriah! jenuh susun raya first, 2nd,3rd.....lunch and dinner kat rumah ini dan itu...haha


BTW, Ahad ini 26 September 2010, a few of Jimmy's colleague will be coming to our house (braya sambil nak tgk Misha) + they are on the way to Seremban kot...so nak singgah la. So dah alang2 nak buat makan2 sket, nak jemput la u ols datang ke rumah, kalau free2 tu kan..not sure nak masak apa..tapi is thinking of Laksa, ketupat palas,rendang ayam, nasik himpit. and depends on kalau anak2 aku behave hahaha so aku bleh masak dengan aman nya hihihi eh ketupat palas tu I buat sendri tau..dari masak pulut, balut dan masak kembali utk makan hehe so wajib try tuh! org utara punya specialty tu. Tak kisah wat time nak datang hari ahad tu, selagi ada matahari hihi boleh lah datang yer :)


Saturday, August 28, 2010

Selamat Menyambut Hari Merdeka yg ke 53!

Tiba tiba ja aku excited ngan sambutan hari Merdeka this year, sebabnya...yg ke 53!



Sebab...



1. Rumah kami nombor 53!



2. Nombor telepon rumah kami = 03-8723 5353



3. Kereta kami plate KAJ 5353



4. Motor Yamaha Jimmy plate KCK 5353



5. Motor Honda Jimmy plate KJ 5353

Tuesday, August 10, 2010

Tak Nak!

yaa..ini bukan iklan/kempen Tak Nak (isap rokok) tu ya..ini adalah feveret word Mirza skang nih *sigh* suruh mandi-TAKNAK, suruh gosok gigi-TAKNAK, suruh makan nasi-TAKNAK...taknak lah memanjang..penat la nak pujuk...

lama kan aku tak blog. bukan apa, sebab aku akan blog bila ada something yg terlintas/terfikir di 'hati' hehe and few weeks nih, tak dak benda lain yg aku fikirkan/risaukan is mirza punya perangai. risau sampai nak blog pun tak 'sampai hati' hahaha

org kata 1st child akan buat perangai bila dapat adik..perangai cmana tu ek? aku ingat dia jeles kat adik, buat adik ja la kan. tapi Mirza tak plak buat adik dia, tapi dia buat mama & ayah dia (dan sapa2 lagi lah yg terdekat huhu) tak boleh kata 'jangan' la..walaupun dengan suara yg amat super lembut gemalai..mesti dia trus nak marah 'nak kick mama' ' nak pukui mama'...kalau aku buat tatau ja, dia takat cakap ja la..kekadang aku pun bengang kan (lebih kepada frust & disappointed kot ngan perangai nak kick dia tu) so aku pun lagi marah or tinggi suara la kan..nah amik dia kick btoi2. Kalau aku dalam keadaan super sabar...aku nasihatkan la..tak baik kick, pujuk...tapi kalau dah dalam 10 kali buat perangai nak kick, wajib la 1,2 kali aku hilang sabar kan.

adakah anak saya disappointkan saya or saya sebagai mama yg over high expectation kat anak saya? (ni baru 3 tahun +, belum bab exam dapat no brapa kan) ya la, kita harap anak kita buat camni, jadi camni..tapi ya la..dia budak2 kan...TAAPIIII masalahnya pulak, Mirza tauuuuu..TAPIII dia saja taknak buat. tau benda tu tak baik and still nak buat.

bila habis sembahyang, pandai plak dia yg baca doa ' Ya Allah, bagi lah Mirza jadi budak baik. bagi mama selamat, ayah selamat, baby selamat.....' hmmm sejuukk hati mama, tapi kejap ja la hahaha

macammana nak handle nih? ada la jugak aku tgk org yg ignore ja bila anak dia buat perangai+ ngamuk2...adakah sebab anak itu sedang melalui fasa itu? nanti habis tak? huhuhu brapa lama nak kena tahan nih.

risau la...

***below conversation with a best fren, yg jugak baru branak 2nd baby girl in June (and her 1st child also a 4 y/old son)***maybe experience kami ni bleh dijadikan panduan bila situasi sama happen to u...(tak la panics gelabah katak cam aku nih kan hehe)

Ain: how's misya?

maiz_malik: so far ok ja..tapi abang dia yg tak ok.adeh la ainnn,aku sampai jadi risau, nak pi jumpa ustaz mana2 lah bagi lembut hati sket mirza tu.la ni kuat mengamuk..sket2 nak ngamuk. nak kick sedia..walaupun aku tak marah pun..tegur jangan ja..truih nak kick!

Ain: wei. sama mcm irfan.serious weii...diorg nie rebel sebab jeles. aku dlm pantang..pergh...mmg tak tahan ngan irfan. siap stress gile..

maiz_malik: ya ka..aku ingat kalau jeles, dia buat adik dia. ni tak..abih aku laki aku kena. hhuhuhuhu

Ain: tak weii.diorg jeles...adik tak kena..kite yg kena.irfan pun mcm tu..baling2 barang..nangis meraung kuat2. padahal takde ape pun..

maiz_malik: ya ka ainn..lega sket aku dengar camtu..maknanya memang tgh fasa camtu la eh.kena sabar jek la kan..abih2 ignore ja

Ain: wei mmg...tapi kite la kdg2 ilang sabar...hehe dont worry bkn mirza jadi budak yg tak baik..

maiz_malik: masalahnya dia tau benda takleh buat..sengaja buat. aku jiwa kacau tgk dia

Ain: tau takpe.irfan pun maiz.mcm2...iksh nak senarai mmg sakit ati laa

maiz_malik: selalu nak nangis aku nih risau..taktau nak buat apa dah..semayang doa byk2 ja

Ain: ya la...kite takut makin lama diorg makin naik lemak kan..aku paham maiz...

Ain: irfan bile tgk aku kasi arissa minum susu, nnt dia mintak susu jugak..pastu org lain takleh buat..aku kena buat at that moment gaks!tak haru kau dibuat nyerrr

maiz_malik: btoiiiiiiii..aku pun! time tgh bagi susu la nak mcm2. nak aiskrim, nak main computer tak reti, nak milo*sigh

Ain: haaa sama la kite!!!!!!!!!!!!!nak suruh mandikan la.padahal irfan mmg pandai mandi sendiri.mana kite tak pening maiz oiiii...

maiz_malik: time aku nak bagi mandi adik pun mirza sibuk nak mandi. nak mandi dalam bathub adik!

Ain: ha tau takpe..irfan siap nak mandi dlm besen adik dia tu!!hahahahah sama sama.....

Ain: see..they are just jelous maiz

maiz_malik: ooo..camtu kaaa...ish lega sungguh ain bila dengar

Ain: ya maiz..dont worry...

maiz_malik: tapi tu la..aku nak tau cara the best nak handle situasi camni kan. takut tersalah handle..lagi teruk jadinya..or dia terus jadi lagutu ja

Ain: aku slalu aku amik arissa sky layan irfan. aku pun worry gaks sebenarnya.aku takmo dia ade perasaan aku tak sayang dia.sky kalau balik2 je kerja...time irfan ade rumah, dia panggil irfan dulu...hug irfan dulu. then baru gi tgk arissa..we even taught him..irfan adelah org no 1 yg semua org sayang. lepas tu baru adik....so adik no 2..tapi still ade masa gaks dia buat perangai dia...eeiii

maiz_malik: ha ah kan..takleh predict. kejap tgh gelak ketawa, tiba2 switch jadi ganaih

Ain: haa mmg. eeii kalau pikir2 mmg pening gile pale aku. tu la...kite ni kena extra sabar.menguji tul kan

Monday, July 19, 2010

Kenduri Kesyukuran Misha

Sebelum aku balik ke Semenyih, Maktok&Wan Misha buat kenduri kesyukuran sempena dapat cucu baru kann (+hajat : Allah lindungi keluarga dari bala, keluarga tak pecah belah +++)...


Kenduri ni time aku berpantang hari ke 25 (Sabtu) and esoknya tu kami bertolak balik ke Semenyih :)


more pics at my FB

Wednesday, July 14, 2010

Misha xtra ordinary ability....

This is Misha's right ear...



and if my mama membebel/beletiaq lebih-lebihh....


I just 'shut' my ear...HAHAHA




Tuesday, July 13, 2010

I'm Sorry Mirza...

Now is 2.20am...

Baru ja habis memujuk dan menenangkan Mirza. Dia terjaga dalam kul 2 tadi dan terus tanya "ayah mana? ayah mana? ayah mana?!"...bila agak2 sedaq dan bukak mata, mama kat sebelah and ayah takdak..apa lagi, terus la mcm mengamuk2 tau...jerit2 marah kat mama. mama tanya nak apa..tapi Mirza tak jawab pun..dok nangis pastu jerit kat mama...serba tak kena la..dia mcm tegaru2, mama nak tolong garu, tak bagi, marah...Mirza kata nak pukui mama! Mama kata ok, pukui la (Mirza pun pukui2 manja ja hehe)..pastu Mirza kata nak tendang mama! Mama kata ok, tendang la (Mirza pun tendang2 manja ngan lutut-dah mama dok dekat ngan dia kan :P)...pastu mama tanya nak milk ka? Mirza kata takmau, nangis2 lagi...then dalam dok pujuk2, ckp super baik dan elok kat dia...tiba tiba Mirza amik tangan mama and hug to sleep (mcm peluk bantai peluk tu)...terus mama peluk Mirza and mama tanya lagi, nak milk? Mirza angguk...dah tak nangis...

Salah mama ka, sebab beranak and pantang kat Alor Star? jauh dari ayah? dulu takpa la kan...beranak kat Mirza, rindu ayah pun, mama tanggung sorang. Tapi kali ni...awat tatau..susah btoi rasanya...Mirza byk mcm nak mengamuk (cepat sensitif) and selalu nak suruh mama marah dia...I know Mirza missed ayah sgt2.....tapi budak kecik ni tak reti nak express cmana kan...

Selain tanya ayah mana...Mirza selalu nak buat benda yg mama kata tak boleh...macam today dia main spray air (selalu spray baju nak iron tu). sepanjang hari dok larang, sampai suruh main kat luar umah la kan, kang habih basah semua benda...tapi malam tadi lepas cakap tepon ngan ayah...tiba2 Mirza kata "Mirza tak nak main ni (spray air) lah. Mirza dah baik dah (jadi budak baik dah). Mirza nak pi simpan spray"...aik? magic tak, tau tu yg main spray air tu tak baikkk...nampak sgt saja nak bagi org marah kan? nak buat perangai...hmmm

I'm sorry Mirza...adakah kesenangan mama berpantang di Alor Star telah menyebabkan Mirza tensen sebab sgt rindu ayah?

Memang sgt senang mama pantang kat sini, ada org tolong masakkan, ada org tolong jaga Misha (specially tengah2 mlm :) ada org tolong mandikan Misha...macam2 lah semua org buatkan. Tapi, seeing Mirza struggling dengan kerinduan kat ayah tu...buat mama rasa...rasa cmana ya? Rasa mcm, ok takpalah, I'm willing to let go everything and go back to Semenyih..takpa biar mama susah...jangan Mirza susah :

Lagipun sebelum ni mama rasa tak brapa sihat..but now dah 3 weeks berpantang, mama rasa kuat sket. Misha pun berat dah bertambah, sihat dan tak byk ragam (sib baik senang jaga-so far la, sebab dah susah time pregnen hehe)...Nurse yg mai check kat rumah pun kata bekas jahit mama dah heal, benang pun takdak dah...org urut + bertungku pun kata perut mama dah ok (batu meriyan dah elok)... Jadi, I'm going back to Semenyih weekend nih jugak! (+ my mom akan teman kat Semenyih hihi)

**sorry to Mek/Fit kalau kita tak sempat jumpa kat Alor Star. FYI, Sabtu ni I'll be in Titi Gajah, ada buat kenduri kesyukuran kecik2 saja, so if hampa free, mai la Taman Jaya sebelum Sabtu tu ;) And InsyaAllah I'll be back to Alor Star weekend sebelum posa (7 or 8/8) untuk follow up check up ngan Dr Kamaruzzaman :)

**Not sure how Jimmy's felt. Dia macam kena pasrah ja aku nak balik Semenyih before pantang ends...Jimmy nak aku rehat cukup2 time pantang, I knowwww....tapiiiiii...hati tarak tenang apa macam? hope he understands...hmmmmm

Sunday, June 27, 2010

Misha

Alhamdulillah...saya telah selamat melahirkan baby girl on 22 June 2010, jam 6.30 ptg di Kedah Medical Centre (KMC). Berat baby 2.35kg saja :) , beranak normal, so taklah seksa sgt nak teran kan hahaha tapi amik epidural, so tak rasa sakit pun, tapi rasa contraction :p



Anugerah Allah dari syurga :)

Actually my due date is 8 July 2010...tiba2 terberanak cepat la pulak. habih semua org tekejut hehe dah la nak balik beranak kat Kedah, lagi lah panics kan. takut tak sempat balik Kedah.

Pada hari Isnin 21/6/2010 tu I still go to work seperti biasa. Tapi rasa memang sgt tak selesa, mcm ada tak kena ja. dah la rasa kebuluran yg amat..nak makaaannnn saja rasanya. Then bila dekat2 time nak balik, rasa perut mcm cramp2 sket...bahagian pusat dan keatas..so sebabkan first beranak dulu tak penah rasa contraction ka apa, menyerah diri ja ke hospital utk beranak..jadi tak sure lah ni rasa contraction ka sakit perut angin ka apa ka...so balik keja mcm biasa ja..bila dah kat rumah tu..memang nak jalan pun dah terbongkok2..perut cramp sgt! takleh nak buat apa dah...tapi sempat gak melantak durian Jimmy baru beli hahahaah pastu Jimmy siap nak masak kari ikan temenung la pulak...tapi aku memang surrender la time tu..takleh nak tolong masak langsung..tapi Jimmy kata takpa, dia buat semua, aku just campak ja masuk lam periuk...tapi...itu pun rasa tak mampu nak buat. sakit sungguh perut. huhu. mula lah tepon merata..tanya pendapat org dan nak confirmkan..adakah ini tanda2 nak beranak? siap google lagi tu pasai contraction haha Jimmy pun gelabah dah. Aku pun taktau dia buat apa ngan ikan tadi tu, simpan balik lam peti ais kot haha terus kemas2 baju, malam tu jugak balik Kedah. panics la jugak..dengan aku sakit perutnya..kalau jadi apa2 tengah jalan cmana? tapi tawakal jek la..lagipun tak dak turun tanda lain...so tahan jek la sepanjang jalan pun perut dok sakit tuuuu... So lebih kurang jam 3 pagi kitorang sampai Kedah, tidor dulu umah mak mentua...dok dendiam ja tidor sementara tunggu jam 8 pagi nak pi check up kat KMC.

Esok paginya, pi check up, Dr Kamaruzzaman ada dalam jam 10.30am...terus dia cakap, bukak 2 cm dah ni. Apa lagi terus aku cakap nak beranak harini (22/6/2010), takmau tunggu dah..dah la dok sakit kan..tunggu apa lagiiiiii. So masuk la labor room dalam kul 12 and beranak kul 6.30 ptg gitu...sempat jugak baby jadi anak Kedah noooo hehehe ye la, mak ayah org Kedah, Mirza Kedah...Alhamdulillah Misha pun anak Kedah, yey! heheheh fanatik sungguh.....

tak pecaya kan...aku dah ada 2 org anakkkkk...sepasangg....harap dapat jadi mama yg baik :) aminnn TQ kepada semua yg wish congrats :) TQ TQ TQ

I feel complete...:)

Saturday, June 5, 2010

4th Anniversary for Jimmy & Maiz :)

Ya, sudah 4 tahun sudah saya menjadi isteri kepada Mohd Zaini Zainul Abidin a.k.a Jimmy ini :)
Alhamdulillah bersyukur bertemu jodoh dengan Jimmy, dikurniakan a son (Mirza) 3 tahun and insyaAllah coming soon next month is a baby girl :)

Rasanya love like us is consider rare zaman moden skarang nih..because jodoh kitorang ditemukan oleh our parents/relative hihi senang kata – kahwin atas pilihan keluarga lah ni :)

Rasanya I never told this story in any of my writing…just rakan2 baik sahaja yg tau kisah aku ni hehe ye la, wajib org tekejut dan pelik dan suh crita ngan lebih lanjut bila dapat tahu, aku kahwin atas pilihan keluarga hehehe tak bercinta sebelum kahwin ni…hairan bin ajaib tak…

Memang takdak dalam sejarah family aku, berkahwin atas pilihan keluarga. So aku memang tak penah percaya, dan tak percaya parent aku komplot jugak dalam hal2 nih hahaha
Tercetusnya idea nak match-make ni bila Jimmy pun dah agree suh parents dia carikan jodoh (setelah berapa ramai org/makcik pakcik rekemen kat dia, tapi dia takmau). Ayah dia & my uncle is best fren + rakan sekerja. One day, conversation during kunjung mengunjung rumah antara diorang (lebih kurang cenggini la mengikut mak Jimmy cerita):

Ayah Jimmy: Si Mat (juga salah sorang rakan sekerja diorang) nak rekemen anak dia kat Jimmy
My uncle: isshhhh..daripada anak Mat tu, baik dengan anak sedara saya..
Ayah Jimmy: ha,ada ka? Anak sedara yg mana?
Bla bla bla..promote bayeeekkk punya hahahahaha

Camni critanya…

Jimmy time tu is 31 and aku plak 25. Terus terang memang aku ada la scandal2 time tu kan…tapi takdak la mamat itu ready nak kawen pun, dan aku dengan hati yg sudah bitter selepas kegagalan dalam perchentaan dan kena tipu ngan laki nih kan…takdak la series bebenar ngan scandal2 ni. Don’t care sgt la, kalau jadi ok, kalau tak jadi, I don’t mind, tinggal jek la kan.. taknak pening2 kepala hal perchentaan nih.

Christmas 2005 – engagement my cousin kat Kedah, rupanya semua family belah mak aku dah tau, Jimmy & family nak datang umah my uncle (anak laki my uncle yg engage) dan kunun nak tgk aku la time tu…wah wahhh . Tapi yg bestnya, aku nih haram satu hapa pun taktau. Boleh? Bukan apa, depa kunun nak aku jadi se-natural yg mungkin la kan, kang tau ada org nak mai tgk aku, tiba2 jadi control ayu plak haha dan satu lagi, kalau tiba2 Jimmy & parent dia tgk2 aku, dah tu tak bekenan?! Haa cmana tu? Tak ka malu gila aku kan..(tapi takkkkaaaannnnn la takbekenan kan kah kah kah perasan!) sebab tu aku taktau dan tak saspek apa pun la, siap jadi fotografer tak bertauliah time tu. Nak tegelak gak, sebab lepas dapat tau tu, depa crita yg mak jimmy dok peratiiii aku ja kat majlis tu hahaha cmana la perangai aku time tu kan, sib baik pakai baju kebaya, kalau tidak mesti perangai huduh dan ganaih semacam ja haha Actuallynya hanya my uncle ni ja yg kenal family Jimmy, relative yg lain tak kenai pun, aku pun tak penah tgk Jimmy ka family dia ka. So mak aku pun setuju sebab percaya ngan Uncle aku nih.





Time kejadian - engagement my cousin 25/12/2005. ha kan sket punya manis berkebaya, patut Jimmy bekenan, ye tak? hahahahaha

Lepas tu, balik la KL balik kan. Aku taktau lagi time tu. Kira semua org (relative aku) dok berdebar-debar dan tertanya2 la..Jimmy tu nak ka kat aku? Apa perkembangan terkini? Jimmy dah approach aku ka blom..haa gitu lah. Dan pada 1 Jan 2006, malam rasanya, tiba2 mak aku call – kata ada org nak kenalan ngan aku, dia tgk time kenduri engagement kat umah uncle tu, so mak aku tanya, bleh ka kalau nak bagi no tepon aku kat mamat ni (jimmy la kan). Aku dah gelak gila dah. “ha bagi ja la”. Mak aku siap kata “taktau la, kalau jadi ok, tak jadi pun takpa. Jgn la harap sgt” hahahaha lagi la aku rasa nak gelak guling2…releks la mama..mcm aku kisah pun kan..scandals ramai..i masih muda remaja kannn (padahal kalau skarang, aku dah kenal jimmy cmana, tobat aku tergila2kan jimmy – suami mithali gitu haha)

Lepas tu Jimmy sms ja..sampai 3 pagi kot kitorang dok sms2…layaannnnnn hehe pastu YM plak…pas berapa hari ntah la, baru la cakap tepon. Baru la dengar suara..tak la macho pun hehe Please bear in mind, time tu aku memang takdak feeling pun kat dia..suka suka layan kan. Hihihi Pastu dia ajak jumpa, selepas lebih kurang 2 minggu sms/phone&YM ja. Aku rasa weekend Sabtu Ahad (14 & 15 Jan 2006 – wah ingat tuuu) kitorang keluar for the first time..gila terus 2 hari berturut turut! Hihi Ingat lagi first time jumpa, kat stesen minyak kat Equine tu, dia kuar dari kedai Mesra Petronas tu, beli air mineral botol besar..aku tgk2 dia ja…”wow! Hensem jugak mamat nih” hahaha dalam hati lah yer berkata2 itu. (yer la, bukan ke mamat yg tak laku je ke suruh mak pak carikan jodoh keh keh keh ni rupa ok la, takkkaaannnnn tak kawin lagi umur dah 30+ ish ish ish).

Pastu..jeng jeng jeng…lepas kuar 2 kali weekend tu kan, hari Khamis tu kuar lagi, malam la pulak, maklumlah hari bekerja. Pi makan satey kajang samuri kat Taman Warisan, Putrajaya. On the way balik….Jimmy pun bertanya “ Jom kita bertunang bulan 3 nih” ahahahahaha nak pengsan! Aku rasa dia konfiden jek mengeluarkan ayat itu setelah dalam dok YM2 aku dengan gediknya bagi ‘greenlight’..ye laa…gedik kan hahaha contohnya dia tanya, aku ada minum dak air mineral yg dia tetinggai dalam keta aku. Aku cakap kata tak la kan. Dia kata “alaaa,patut la jampi tak menjadi” – kunun tu air jampi la, bagi aku syok kat dia. Pastu aku dengan gediknya reply “ alaa, tak yah jampi2 pun dah berkenan” hahahaha (sila muntah ngan ayat gedik aku itu)..pastu ada la dia tanya pasai duit hantaran…ala, aku cakap RM5k ja, family aku taknak mahal sgt, tapi taknak la murah sgt…(amik bibik pun mahal lagi kot? Hahaha). Tapi alah tak kisah lah duit hantaran tu…buat apa mahai2 pastu berhutang, ye tak. Hah! Dengar2 5K, terus kata OK! (maklumlah, org kawen lewat, duit simpanan dah belambak – takpa, hantaran murah, aku pow kot lain hahahaaha)

Pastu? Hah panics!!!. Btoi ka aku nak betunang nih? So kitorang tetapkan tarikh 12.3.2006 bertunang. Walaupun aku bersetuju, tapi perasaan sayang tu takdak, tau tak? Ye la..tak kenal maka tak cinta kan. Siap tepon mak aku tanya..”mama cmana ar? Kalau tak sayang org tu pastu kita kawen? Nanti lepas kawen mesti byk dugaan, kalau tak sayang, cmana kita nak bertahan or harungi dugaan2 tu?”…ehheehhe mak aku pun bagi la motivasi2..dan assure aku yg nanti rasa sayang akan ada la tuu…. So aku go with the flow. And surprisingly everything goes smooth ja. Takdak halangan langsung. Tu salah satu lagi sebab, No reason to say No. My uncle kenal Jimmy & family dia dari dolu2, and kenal Jimmy sejak dari dia kecik! No reason nak kata taktau family background. Jimmy dah keja, time tu ngan Petronas Adventure, pastu dia pun kuar Univ, aku takdak duit nak kawen pun mintak ja kat dia, beli kain ka hantaran ka apa, mintak ja. Apa reason nak tolak? Tarak heehe Member opis marah gak, depa ingat aku nak kawen sebab org lain dah kawen…ark, tolong la faham, ni pilihan keluarga, dah la takdak cacat cela. Takkan nak tolak kan. Sebab aku memang la nak kawen, sapa taknak. Cuma dulu belum jumpa yg sesuai, ni dah ada depan mata, nak tolak ka? Hah panics panics.


Our engagement day - 12/03/06

Tapi, alhamdulillahhh..lepas bertunang…bleh pulak, rasa sayanggggggg..magic :)

So everything goes smooth dan smooth dan smooth and we got married on 6 June 2006 :)


Malam akad nikah - 06/06/06


Kenduri belah pihak perempuan - 07/06/06



Kenduri belah pihak laki - 08/06/06


Sehingga di awal perkahwinan, aku masih lagi mindset yg lelaki ni kalau kahwin untung, perempuan la rugi. Sebab perempuan kena buat semua benda, laki senang, dapat bini, ada org jaga makan minum, pakai, kemas rumah..itu ini..pendek kata dalam kamus hidup aku, isteri kena buat semua benda, titik! Hehe Tapi Jimmy is different..dia buat aku rasa, susahnyaaa jadi suamiii, byknya tanggungjawabbbb. He is one of a kind, spesis yg tak pernah aku jumpa hehe I’m so glad you are my husband – kalau org suh saya describe Jimmy cmana…I would say: seorang suami yang sempurna :) Tegas, ada prinsip, bertanggungjawab-a provider, rasa belas pada isteri, tak kedekut ngan isteri, rakan bersembang-bergosip yg sama wave-length hehe, enthusiast-ism dia terhadap sesuatu yg sgt mengagumkan aku hehe..kesimpulannya definitely my better-half & perfect partner :)

*Most of my best frens pun dapat laki yg rajin jugak..I think men nowadays dah tak macam org dolu2 kan, tak ego to be seen as family man type :) jaga anak, tolong bini masak, tolong basuh & sidai baju..suami zaman sekarang is definitely a true partner :) setuju? hehe

Happy 4th Anniversary to us! Alhamdulillah, for over-achieving our KPI as husband & wife (buleh?) hahaha and hopefully we’ll do better dalam phase seterusnya – mendidik anak2 yg akan besar, uhhhh mencabar & panicsnyaaaa hehe

Tuesday, June 1, 2010

MIRZA



Rasanya most parents dah biasa sgt dengar pasal:




How to Handle Your Child's Temper Tantrum



kan? I also read alot bout benda2 ni..yer la..Mirza dah 3 tahun, semakin banyak akal lah dia. Most of the advice is to ignore (selagi tidak membahayakan). Tapi another thing yg rasanya membawa kepada Tantrum tu is dia tau yg dia akan dapat adik/baby baru..dan nampak sgt dia nak lebih2 attention from Mama dia yg tgh sarat ni huhu So mari kita start reading pasal:










How to Help Your Child Accept a New Baby



Dalam banyak2 advice tu, salah satu perenggan yg tak terfikir plak oleh aku is...




WARNING!



Remind your tactless or forgetful relatives and friends to pay some attention to the older child FIRST when they come to visit - and this does NOT mean asking "What do you think about your new brother?" or "How do you like being the big sister?" Ignoring the baby completely for the first fifteen minutes won't hurt the baby a bit but can do wonders for the older child's self-confidence. Avoid giving the impression that "all you can talk about" is the new baby.




Jadi...silalah buat2 layan Mirza dulu when you guys will be visiting new baby nanti yer hahaha kalau ada hadiah utk baby tu, kena ada hadiah utk Mirza jugak ke? cekelat ke ape ke murah2 dah la kan...dahhhh satu hal plak kan? camtu ke? hish macam macam kan...layaannnnnn ;)








And nasihat dari member yg dah berpengalaman & sedang pregnant anak ke-3 is: pay attention to ur older child, baby takpa, just make sure susu cukup-kenyang dan tidor cukup. tu ja :p




Mirza holding baby sapa ntah during Enggagement Manja at our house in Feb 2010.

Sunday, May 30, 2010

The preparation



I have lebih kurang 1 bulan from now to do last minute preparation, for our soon-new born baby. Planning to go back to Alor Star on last weekend of June (26/27 june). Coz Dr estimate my due date is on 8 july, tapi base on Mirza dulu, awai seminggu. So takmau la terberanak kat KL huhu.

Preparation pun takdak la apa sgt. Most of it dah ada yg Mirza dulu kan. Tapi seriously baju time baby mcm takdak la pulak. Byk dah buang coz rosak, time pindah2 rumah haritu kan and some of it bagi kat adik Jimmy yg baru dapat baby boy time tu - sebab taknak baju2 tu pun rosak seperti baju2 yg lain. Tambahan pulak Dr kata baby girl kan hehehe so new set of clothing la kan hehehe

Baby carrier dah ada, stroller dah ada, katil baby dah ada. Tilam dan bantal, seperti biasa maktok (mak jimmy) akan buatkan..ish tak sabar nak tgk. Kain yg kitorang pilih sendri utk covernya. Hopefully it turns out ok hehe Percaya atau tidak, semua baju2 baby telah dibeli secara online sahaja...no pi shopping2 center haha kejap2 mai pos laju kat opis, kejap2 dapat pos laju hehehe senang...botol Avent starter pack pun beli online! amik! hahaha cuma time lunch time tu singgah2 sambil shopping shampoo, baby bath & lotion, baby wipes, napkin, bedak and umbrella mosquito net...hmmm..tu ja :p

Tapikan..ntahla, adakah disebabkan sarat mengandung or apa, macam ada rasa something tak kena la. Rasa mcm this time tak brapa xcited nak dapat new baby:
Firstly, Mirza mcm tak puas hati ja bila aku dok belek2 barang baby ka..baju2 baby ka...dia mesti nak baling2 la..cakap nak buang la...sudah terasa kejelesan kah? Kalau balik from keja, and there is baby things yg aku beli, mesti aku biar jek dalam kereta sampai tgh mlm ka, bila Mirza dah tidoq, then baru aku kuarkan from kereta and simpan dalam bilik. Kalau tidak, Mirza mesti xcited nak tgk apa aku beli tu kan, kuarkan from kereta ngan plastik bagai..then bila dia tgk barang baby, dia mesti mcm nak merajuk la, ckp 'tanak, tanak'....hmmmmm
Perangai Mirza pun boleh tahann laaa..menguji kesabaran. Sebelum ni kamcheng ngan ayah, mandi ka apa ka semua ngan ayah. Tapi lately ni, takmau kat ayah, semuaaaa nak mama buatkan, mama teman...adeh...mama dah la tak larat bangun duduk bangun duduk..cmana tu?
And juga terasa seperti Jimmy pun tak xcited...eh, tapi kekadang rasa dia xcited...tapi ntah, selalu rasa tak kot. Aku mintak tolong amikkan bottle sterilizer dalam stor pun sampai skarang tak amik2..mcm dia tak peduli ja. Ka awai sgt? I just feel like I'm doing everything - the preparation I mean (appreciate his understanding and help in buying food/he cooks instead of me cooking everyday, doing the laundry & sidai /kutip kain, basuh & kemas pinggan...& most of the house chores...:P)

I don't know...it just feel so hard. Aku tak larattt...Emosi tak stabil kot...

Mirza yg nak jadi 'baby' jugaaaakkkk.... ish ish ish. Believe it or not, Set baby cot 'GIRL' ni is one of hadiah yg aku dapat masa Mirza dilahirkan dulu hehehe 3 tahun sudah. tekejut kan time tu, Mirza yg baby boy tu dapat set baby girl hahaha tapi skang bleh guna la kot hihihi

Saturday, May 15, 2010

Anak-anak

2 minggu lepas, at 30 weeks of pregnancy, we went back to Alor Setar for check-up kat Kedah Medical Center (KMC). InsyaAllah akan beranak di sana, sama mcm Mirza dan Dr. yang sama, Dr. Kamaruzzaman :) Tapi agak panics sebab Dr. kata baby breech, kepala kat atas dan kedudukan mcm picture kat bawah ni - Frank Breech = nak scan 4D pun susah, tak nampak muka sebab tapak kaki btoi2 depan muka! hahaha acrobatic sungguh....

Tapi alhamdulillaahhh, berkat doa dan pujukan ( hari2 usap perut sembang ngan baby minta dia pusing ke position yg btoi hehe), harini at 32 weeks of pregnancy, pi check-up kat poliklinik biasa dok pi tu, position baby dah ok, kepala kat bawah :) uri pun ok kat atas, air ketuban ok and tali pusat is no where near atas kepala ka, kat leher ka...hopefully it stays that way sampai saat nak lahir, aminnnn. Cuma Dr. pesan suruh makan byk2! hihihi sebab berat baby tak sesuai dengan umur hehe Besar kepala, panjang tulang2, ketinggian semua sesuai lah dengan umur, tapi Dr. kata baby ni slim, tak cukup berat nih hehehe Mirza pun dulu slimmm, beranak at 2.65kg saja. Soooo..Maizzz..apa lagi, sila makan byk2! tapi memang tak berapa rasa nak makan byk pun la nih, tidor pun tak berapa nak cukup..takleh tido mlm2. Doakan semua selamat ya :) TQ

Crita Mirza pulak...

Mirza harini main kat luar rumah kul 4 petang lebih, sambil ayah dok belek pokok kat laman..sah sah tengah dok panaih lit lit (panaih terik)...paihtu dah penat dan peluh bagai, Mirza pun masuk nak mandi. Mama tolong mandikan...

Mama: tgk Mirza main panaih, dah hitam dah. Kena panaih...
Mirza: takkk...tak hitam pun...cekelat sajaaa
Mama: HAHAHAHA

Thursday, May 13, 2010

SURPRISE!!!

Mirza ni dah pandai navigate sendri laptop. Bukak ja website ABC ka, youtube ka, then biar dia click sendri ja. So, wajiblah laptop keja mama menjadi mangsa. Kekadang ja pakai Mac ayah, sebab ayah pun selalu ngadap laptop - online. Mama memang takleh nak pakai laptop langsung, kat rumah memang dia yg pakai. So..... here is your SURPRISE!!! belated-birthday-present! hehehe Mirza sukaaaa!!! mama ayah laaagiiiii suka! hehe


tq TM sponsor pembalut hadiah haha
bukak bukak


surprise!!




New DELL Mini


terus ngadapppp...


elok la tu anak beranak hehhehe

*ok la tu kan..dari beli game psp la playstation la...baik laptop ni, blajaq jugak :P

Wednesday, May 12, 2010

Bowling

Company ayah memang aktif bersukan dan ber-tournament nih. This time bowling. Ayah nak jugak bawak mama & Mirza join walaupun malam and penat baru balik keja kan...kunun2 pom-pom bagi semangat arr haha..sekali Ayah gak kelam kabut kena jaga Mirza hihihi

Takkan tgk saja....wajib nak balinngggg hehehe kaco org tgh nak tournament saja hahahaAyah kena selamatkan dari terus kaco org heheKaco ayah plak..asal ayah nak baling bola..mesti mengekoq saja ish ish ish tak concentrate ayahTak dapat baling bola, peluk pun jadi laaaaMana nak main lagi..nak dukung anak lagi kui kui kuiBosan ja muka takleh baling bola bowling heheAkhirnyaa...jadi penjaga bola hahaha

Sib baik ayah menang jugak something - dapat voucher Parkson..bleh shopping barang baby seperti baby wipes ka, bedak2 ka, dan sebagainya TQ company Ayah (company ayah bekerja ya, bukan ayah punya HAHA)