Showing posts with label Pelangi Semenyih. Show all posts
Showing posts with label Pelangi Semenyih. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

First Rambutansss :)

Pokok ni ditanam since we moved in to mailto:53@Pelangi Semenyih pada tahun 2009.

After 2 years, sudah berbuah dan boleh makan hehe.

Pokoknya alah kecik cekeding ja pun... sesuai dengan namanya- Pokok Rambutan 'Anak Sekolah' hehehe Kalau tgk pokok tak pecaya bleh ada buah dah :)

Jemput mai makan nooo hehehe






Tuesday, March 9, 2010

Majlis Pertunangan Manja di Pelangi Semenyih









Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Pertunangan Manja dan semua berjalan lancar :) yey! to tuan rumah Pelangi Semenyih hehehe berjaya jugak mengadakan kenduri yg agak besar dan protokol (ya la, takat besday Mirza tu main belasah ja pun tak pa kan, takyah protokol2). And niat tuan rumah as kenduri doa selamat/kesyukuran la jugak...tak penah buat lagi, sebelum ni kenduri besday dan suka2 makan2 ja hehe




Paling penting, I think is the tuan punya body itself la kan hehe Manja! a day to remember kan, bertunang. of coz nak look cantik, baju cantik, mekap cantik. and I think mekap Manja gojes, done by Izwin (my opismate at tmnet) - dia memang mekap artist2 seperti Yuna dan estrange, and she herself ada indi-band. thanx Izwin! Baju pulak by Kakwin-tokey butik kan :P dan sesuai la pulak kaler cekelat/gold tu dengan Manja (yg sungguh risau kerana kulitnya yg tidak cerah itu). Kain tu mama and kakwin beli kat Bandung haritu. Pelamin pun kakwin yg buatkan :)





Inilah dia Manja dan Faizol, tunangnya..org na na na na naaa tganuuuu kiterrrr...kite tgk penyu telor...penyu tengok.. (hahaha don't get me started) :P Wedding will insyaAllah be in December 2010, at Alor Staq la weh...takleh handle tuan rumah semenyih nak buat kat sini haaha.


More pics here: http://www.facebook.com/album.php?aid=150335&id=696154216&l=7bcd7ace93

Saturday, October 24, 2009

Home Improvement



Lamaaa tak update pasai umah 53 ni kan..hehe..almaklum sibuk sejak lepas pindah - tukar keje laaa...tukar kereta laaa, posa laa, raya laa..so tak sempat la nak belek rumah hihi.



Ok, sememangnya 53 ni memerlukan touch-up. Tapi takleh la nak complete 100% kan..maklumlah..bajet punya home-improvement ni :) dan untuk di buat bagi mengisi masa lapang dan paling penting..I love DIY ;) semua benda nak buat sendri..puas hati..tapi memang kena tahan la lenguh sana lenguh sini hehe.



Ok. antara benda yg dah lamaaaa aku dok ushar dan teringin nak di-improvekan is... Our Laman! See progress below :)



This part of our laman, I think it looks better with batu2 sungai, kan?

See the difference, sebelah ada and sebelah takdak...berseri sket kalau ada batu2 sungai tu.



Di penghujung laman tu kitorang tak tanam rumput. Macam bosan jek asyik rumput dari depan sampai belakang kan? lagipun kot kalau nak buat bbq ke, sayang plak kot terbakar rumput hahaha so we put paving stone dan batu2 sungai di celah2nya. Ntah la ok ke tak...ni memang gamble cuba try test jek hehe dan masih dalam progress...


Inilah hasilnya...needs more paving stone and batu2 sungai tu. maklumlah, time beli tu tak reti nak bajet heeheh adalah jugak aktiviti sekeluarga di hujung minggu.

Next...living room - TV console to be precise hehe takmau yg gabak sgt. nak simple. boleh buat build-in, tapi..ntah la, rasa leceh pun ada. sebab memula takdak idea design cmana. pastu dah pindah, nak panggey kontrantor mai ukur, mai pasang..comot2 umah..adeh... last2..idea paling bajet - beli kat IKEA ja hehehe pasang sendri (baru smalam buat, dan masih terasa lenguh tangan sebab men-drill tu) huhuhu.Kosong eh belah kiri tu..ada idea nak tambah apa? pasu besar? pokok indoor? gaya cmana sesuai eh? mmmKena tambah frame pic nih hehe


Sapa2 yg jugak macam saya dan mencari2 tv console bajet, boleh la consider LACK shelf from IKEA ni..(wayar2 tu..kena tahan mata la sket haha- tgh pikir cmana nak semunyi kan). tapi asalkan kemas dah la ek...



***** yaaa..next azam - mengemas stor! huhuhu

Tuesday, October 6, 2009

Jamuan Raya + Farewell Party ;)

Since Maiz tak sempat nak belanja korang dan no farewell party sebab Maiz blah dalam bulan posa...so, Jamuan Raya spesel utk rakan TMNet terchentaaa!!! hehehe




Saturday, September 12, 2009

Monday, August 17, 2009

Mirza Demam



Yup. tengah demam sekarang...layan Pingu while mama cooks huhu

Thursday, July 30, 2009

Penyamun Jahanam!

Hari Selasa lepas, sebaik sahaja balik dari kerja dan sampai ke rumah, kami dapat berita salah sebuah rumah di row rumah kami telah dimasuki pencuri! Dia pun baru sedar sebab dia pun baru balik dari kerja...Penyamun ni beroperasi di waktu siang!




Dan the next day, which is hari Rabu pulak, sebaik sampai ke rumah (lepas balik kerja gak la nih, dalam 6 lebih) Jimi la perasan, pintu grill dan pintu kayu jiran sebelah rumah terbukak/ternganga ja...ehh..mungkinkah? tapi dalam hati- mungkin tidak..takkan rumah sebelah kena rompak...mungkin tidak... Jimi tolak pintu gate, sah dah terbukak walaupun padlock masih lekat di situ, jeng jeng, pi kat pintu depan tu, tgk memang sah kena kopak! omg! terus aku tepon jiran sebelah tu yg belum pulang dari kerja lagi... ciann, dia tgh dok order nak makan kat kedai. kelam kabut la depa balik rumah. huhuhu lcd tv hilang, laptop dan tabung dalam laci berkunci (wife punya wardrobe).

Daripada dua kejadian pecah masuk rumah di atas, dapat disimpulkan dan sama2 kita amik iktibar dan teladan:




1. Pintu gate jangan la padlock sahaja, tapi kena clamp/ikat kuat2 hehe

**kalau kena panjat2 gate, penyamun mcm turn off la sket kan..nampak sgt dia penyamun! haha ada saksi kejadian kata nampak dalam jam 4ptg kereta kancil depan rumah jiran nih, dan lelaki yg keluar dari kancil tu pun pakai smart, berkemeja lagi, so depa ingat tuan rumah kot :p


gambar contoh clamp/grill lock:




2. Jangan sidai baju di ampaian/penyidai (yg boleh tolak2 tu) di DEPAN RUMAH!

**ha bab penyidai ni kan aku dah penah cakap..selain buruk mata memandang, ia juga mengundang penyamun tau! dengan selamber penyamun tu sorong penyidai/ampaian yg penuh dengan baju tu hingga mengcover pintu depan rumah, so dia bleh dengan senang hati lalala-nya mengumpil pintu, org lalu lalang pun tak nampak (ampaian penuh baju dah tolong cover)...


gambar contoh penyidai/ampaian:






Tapi...benda2 ni kena tawakal jek la kan..berdoa mohon dijauhkan musibah mcm ni huhuhu takutttt..sebelah rumah jek tu..huhuhu