Harini Mirza try buat kuih raya pulak. Cornflakes warna warni :)
As usual, bahan2 bukannya cukup sgt, tapi belasah je ya? hehe
Oleh kerana terlebih2 cornflakes (taktau nak buat apa), jadi baik buat kuih raya.
Mula-mula, ramas cornflakes (250gm) sampai hancur. Tapi kalau tak ramas/hancur pun takpa, biar sekeping2 camtu...ikut suka masing2 yer...


Campurkan butter (125gm) dan gula perang (1/2 cup) dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter

masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan susu pekat manis (patut resepi suruh pakai madu, tapi takdak la pulak...- Ini 4-5 sudu yer). Gaul sampai sebati.
Masukkan dalam acuan/paper cup

taburkan manik warna warni dan bakar selama 10-15 mins

Ni sebelum di bakar

Belum masak pun dah sedap..Sambil buh dalam papercup, sambil cubit makan sikit sikit..haihhh...Mirza..Mirza...


hehhe tadaaa...inilah hasilnya. sedap...:)
1 comment:
Awalnyer mirza buat kuih raya...aunty nak sket taw! (^_~)
Post a Comment