Thursday, July 30, 2009

Its Jimmy's Birthday!

But, we only celebrate Mirza's (and future son or daughter) birthday HAHAHA

So I think setahun sekali buat big birthday celebration for anak cukup la kot eh (or 2 kali setahun bila ada 2 anak, cewah), skali lah tu Jimmy punya birthday and mine (of coz sebab my birthday sama ngan Mirza kan HOHOHO) - ni nak kena plan so that anak 2nd sama birthday ngan Jimmy, boleh? hihi

As for hadiah, hmmm... macam takdak rasa nak kena beli semata sebab birthday. We buy whenever we need it or jumpa something yg berkenan.

A friend of mine pernah tanya (dia tgh cari idea apa hadiah nak beli utk 2nd birthday anak dia) "Maiz, apa ko bagi hadiah kat Mirza masa 2nd birthday dia?"...aku pun berfikir sejenak...hmmm.... NOTHING! hahaha just a fantastic cowboy birthday party hehehe we buy present for Mirza tak tentu masa, basikal bila jumpa yg berkenan dan apa2 toys bila ada sale or bila2 pi shopping and jumpa yg kompem Mirza suka hehe (tapi paling penting bila ada duit lebih HEHE)

So berbalik kepada birthday Jimmy. Yup, no celebration and no hadiah huhuhu ciannn Jimmy. Tapi Birthday dia yg jatuh pada 30 July adalah tarikh yg tak sesuaii nak celebrate or bagi hadiah.. sebab, ada saja benda2 seperti:
1. Tahun pertama - 30 July 2006 : baru lepas kawen (6.6.06), so hantaran tu kira hadiah birthday la jugak kan :p
2. Tahun kedua - 30 July 2007: baru lepas beranak kan Mirza (April), hehehe hadiah besar tu!
3. Tahun ketiga - 30 July 2008: celebrate la jugak, pi Langkawi kan, juga sempena ulangtahun ke-2 perkahwinan
4. Tahun keempat - 30 July 2009: baru pindah rumah and waiting for new car, ada my share dalam tu kan? hehehe banyak pakai duit, so terpaksa lupakan hasrat nak belikan Jimmy new handphone (tapi he really need a new hp la, sudah parah!)

Tapi tu hanya mengambil kira pada hari birthday itself, I did hadiahkan dia accessories motor YMAX early this year :)

Sempena 30 July 2009 ini jugak, saya mahu anda semua untuk lebih mengenali Birthday Boy ini dari kaca mata saya hehe:

1. Jimi selalu tahu (or macam tahu ja) semua benda tentang masak memasak. Cerewet, kena masukkan benda remeh temeh (bagi saya la) seperti pelbagai jenis bawang, halia, bunga cengkih, kayu manis dan segala rempah ratus utk masakan yg berkenaan. Sampaikan ke tahap saya akan bertanya dia dulu sama ada minyak yg dah dipakai ni boleh guna lagi ke tak? hahaha minyak goreng ni takleh pakai goreng tu or dah takleh pakai sebab ini itu bla bla bla Belum sentuh bab pantang larang di dapur 'Maiz, tak baik biaq senduk dalam periuk' - contoh bila tgh masak gulai.

2. Jimi suka pi pasar beli stok lauk seperti ikan, sotong, daging dan sebagainya. Dia akan selalu ajak saya sebagai tukang dukung/kawal Mirza saja, sebab saya tak reti pilih haiwan2 tersebut. Tapi dia nak bawak Mirza, expose him to suasana pasar :) Jimi sahaja yg akan memilih ikan mana elok, sotong mana elok dan sebagainya. Biasanya saya tgk laki akan jadi tukang bawak bini ke pasar dan pegang barang, melengung ja tunggu bini settle memilih haiwan2, tapi tidak untuk jimi, dia yang sibuk pilih dan pegang barang hehehe **dan saya tak paham bila dia balik dari pasar dan kata 'ikan dia segar2, geram jimi tgk, tu jimi beli jugak' hehe saya tgk sama ja semua ikan tu hmmmm

3. Jimi ni memang Family Man Sejati hehehe sejak dari kecik. Susah nak jumpa anak laki yg baik gila dengan ayahnya sehingga tahap seperti kawan but at the same time sgt mendengar kata ayah, tapi itulah Jimi (memang ayah dia puas hati lah bela dia hahaha) Kalau zaman remaja, anak laki lain mesti apa2 sket dengan member lah, tapi jimi nak pi beli tshirt pun ajak ayah dia, kalau ayah kata ok - then baru dia beli. Dan sampailah dah jadi seorang ayah himself sekarang ini, dia tetap anak ayahnya yg sejati - consult ayah sebelum decision membeli rumah semenyih, motor, kereta dan sebagainya. Sib baik ayah dia kamcheng ngan saya hihi jadi I LIKE! (kecek pak mentua dulu, pastu jimi sure onnnnn! HAHAHA) **saya harap nilai2 murni ini dapat diterapkan kepada Mirza, so dia jadi anak yg mendengar kata, aminnnnn ;)

4. Sangat berfikiran jauh/dalam/luas/out of the box dan sewaktu dengannya. Jadi apa2 benda kalau consult/tanya dia, anda akan mendapat jawapan or pandangan yg menyeluruh sebelum membuat apa2 decision, precaution yg perlu di ambil dan kesan yg mungkin berlaku. Tapi kadang2 cautious yang terlampau....sabar jek laaaa. But its good, he guides me to be better :)

5. Sifat pemurah jimi sgt memberi kesan yg mendalam pada saya, which I apply it in my daily life. Saya mula memberi, tak semestinya duit, mungkin dalam bentuk belanja makan dan jangan berkira sangat. Tak payah belanja di restoran hebat2, kadang2 belanja KFC ja lepas someone tolong kita pun dah cukup, nak tunjuk penghargaan kita. Tapi kalau ada duit lebih, tak salah/lagi baik belanja makan yg lagi hebat hihi Dan tak payah tunggu/cari sampai jumpa orang susah untuk mula bersedekah, start with our own family, nenek, pakcik, makcik kita. Bila depa buat kenduri kendara/ kenduri kawen anak depa, saya mula hulurkan sikit RM, niat bersedekah/membantu dan ringankan beban, walaupun sikit ciput hehe dan jangan tekejut, rezeki yang kita dapat balik berkali2 ganda!

dan banyak lagi, maybe bersambung di birthday yg akan datang hehehe Akhir sekali, HAPPY BIRTHDAY JIMMY! semoga rezeki keluarga kita semakin murah and membahagiakan sentiasa, aminnn :)

5 comments:

Sheyna Othman said...

happy birthday jimmy!
pandai kan hg menulis maiz, seronok aku baca.
selepas membaca entry ini (skema) aku sudah lebih mengenali jimmy. ihihihi

MaizMalik said...

hihihi aku pun tergelak sorang2 baca komen hang yang jugak skema itu hahaha Jimmy pun tekejut baca entry aku nih, btoi sungguh dan tahap observation yg tinggi! hehe

bird said...

oh. cerewet rupanya si jimmy ni.. part nombo 3 tu sama macam isyam.. sungguh opposite dgn aku yg sgt lah ketegaq ni..

happy birthday jimmy!

-babed-

MaizMalik said...

hahaha btoi2 babed, aku pun boleh dikategorikan ketegaq gak. aku jenis suka pikir sendri & buat keputusan (or even sometimes dah execute things) pastu baru bagitau mak pak aku. mak aku agak geram dengan perangai aku tuh hehe

bila nak dapat kad jemputan ni babed hihi

Unknown said...

haiiiiiiiii kak maiz... sy suke bace blog akak .. ngeh3.. nak tanya dulu mase buat birtdya party kat anak.. yang theme cowboy tu... goodies cowboy beli mana ke? sgt beminat