Thursday, July 30, 2009

Its Jimmy's Birthday!

But, we only celebrate Mirza's (and future son or daughter) birthday HAHAHA

So I think setahun sekali buat big birthday celebration for anak cukup la kot eh (or 2 kali setahun bila ada 2 anak, cewah), skali lah tu Jimmy punya birthday and mine (of coz sebab my birthday sama ngan Mirza kan HOHOHO) - ni nak kena plan so that anak 2nd sama birthday ngan Jimmy, boleh? hihi

As for hadiah, hmmm... macam takdak rasa nak kena beli semata sebab birthday. We buy whenever we need it or jumpa something yg berkenan.

A friend of mine pernah tanya (dia tgh cari idea apa hadiah nak beli utk 2nd birthday anak dia) "Maiz, apa ko bagi hadiah kat Mirza masa 2nd birthday dia?"...aku pun berfikir sejenak...hmmm.... NOTHING! hahaha just a fantastic cowboy birthday party hehehe we buy present for Mirza tak tentu masa, basikal bila jumpa yg berkenan dan apa2 toys bila ada sale or bila2 pi shopping and jumpa yg kompem Mirza suka hehe (tapi paling penting bila ada duit lebih HEHE)

So berbalik kepada birthday Jimmy. Yup, no celebration and no hadiah huhuhu ciannn Jimmy. Tapi Birthday dia yg jatuh pada 30 July adalah tarikh yg tak sesuaii nak celebrate or bagi hadiah.. sebab, ada saja benda2 seperti:
1. Tahun pertama - 30 July 2006 : baru lepas kawen (6.6.06), so hantaran tu kira hadiah birthday la jugak kan :p
2. Tahun kedua - 30 July 2007: baru lepas beranak kan Mirza (April), hehehe hadiah besar tu!
3. Tahun ketiga - 30 July 2008: celebrate la jugak, pi Langkawi kan, juga sempena ulangtahun ke-2 perkahwinan
4. Tahun keempat - 30 July 2009: baru pindah rumah and waiting for new car, ada my share dalam tu kan? hehehe banyak pakai duit, so terpaksa lupakan hasrat nak belikan Jimmy new handphone (tapi he really need a new hp la, sudah parah!)

Tapi tu hanya mengambil kira pada hari birthday itself, I did hadiahkan dia accessories motor YMAX early this year :)

Sempena 30 July 2009 ini jugak, saya mahu anda semua untuk lebih mengenali Birthday Boy ini dari kaca mata saya hehe:

1. Jimi selalu tahu (or macam tahu ja) semua benda tentang masak memasak. Cerewet, kena masukkan benda remeh temeh (bagi saya la) seperti pelbagai jenis bawang, halia, bunga cengkih, kayu manis dan segala rempah ratus utk masakan yg berkenaan. Sampaikan ke tahap saya akan bertanya dia dulu sama ada minyak yg dah dipakai ni boleh guna lagi ke tak? hahaha minyak goreng ni takleh pakai goreng tu or dah takleh pakai sebab ini itu bla bla bla Belum sentuh bab pantang larang di dapur 'Maiz, tak baik biaq senduk dalam periuk' - contoh bila tgh masak gulai.

2. Jimi suka pi pasar beli stok lauk seperti ikan, sotong, daging dan sebagainya. Dia akan selalu ajak saya sebagai tukang dukung/kawal Mirza saja, sebab saya tak reti pilih haiwan2 tersebut. Tapi dia nak bawak Mirza, expose him to suasana pasar :) Jimi sahaja yg akan memilih ikan mana elok, sotong mana elok dan sebagainya. Biasanya saya tgk laki akan jadi tukang bawak bini ke pasar dan pegang barang, melengung ja tunggu bini settle memilih haiwan2, tapi tidak untuk jimi, dia yang sibuk pilih dan pegang barang hehehe **dan saya tak paham bila dia balik dari pasar dan kata 'ikan dia segar2, geram jimi tgk, tu jimi beli jugak' hehe saya tgk sama ja semua ikan tu hmmmm

3. Jimi ni memang Family Man Sejati hehehe sejak dari kecik. Susah nak jumpa anak laki yg baik gila dengan ayahnya sehingga tahap seperti kawan but at the same time sgt mendengar kata ayah, tapi itulah Jimi (memang ayah dia puas hati lah bela dia hahaha) Kalau zaman remaja, anak laki lain mesti apa2 sket dengan member lah, tapi jimi nak pi beli tshirt pun ajak ayah dia, kalau ayah kata ok - then baru dia beli. Dan sampailah dah jadi seorang ayah himself sekarang ini, dia tetap anak ayahnya yg sejati - consult ayah sebelum decision membeli rumah semenyih, motor, kereta dan sebagainya. Sib baik ayah dia kamcheng ngan saya hihi jadi I LIKE! (kecek pak mentua dulu, pastu jimi sure onnnnn! HAHAHA) **saya harap nilai2 murni ini dapat diterapkan kepada Mirza, so dia jadi anak yg mendengar kata, aminnnnn ;)

4. Sangat berfikiran jauh/dalam/luas/out of the box dan sewaktu dengannya. Jadi apa2 benda kalau consult/tanya dia, anda akan mendapat jawapan or pandangan yg menyeluruh sebelum membuat apa2 decision, precaution yg perlu di ambil dan kesan yg mungkin berlaku. Tapi kadang2 cautious yang terlampau....sabar jek laaaa. But its good, he guides me to be better :)

5. Sifat pemurah jimi sgt memberi kesan yg mendalam pada saya, which I apply it in my daily life. Saya mula memberi, tak semestinya duit, mungkin dalam bentuk belanja makan dan jangan berkira sangat. Tak payah belanja di restoran hebat2, kadang2 belanja KFC ja lepas someone tolong kita pun dah cukup, nak tunjuk penghargaan kita. Tapi kalau ada duit lebih, tak salah/lagi baik belanja makan yg lagi hebat hihi Dan tak payah tunggu/cari sampai jumpa orang susah untuk mula bersedekah, start with our own family, nenek, pakcik, makcik kita. Bila depa buat kenduri kendara/ kenduri kawen anak depa, saya mula hulurkan sikit RM, niat bersedekah/membantu dan ringankan beban, walaupun sikit ciput hehe dan jangan tekejut, rezeki yang kita dapat balik berkali2 ganda!

dan banyak lagi, maybe bersambung di birthday yg akan datang hehehe Akhir sekali, HAPPY BIRTHDAY JIMMY! semoga rezeki keluarga kita semakin murah and membahagiakan sentiasa, aminnn :)

Penyamun Jahanam!

Hari Selasa lepas, sebaik sahaja balik dari kerja dan sampai ke rumah, kami dapat berita salah sebuah rumah di row rumah kami telah dimasuki pencuri! Dia pun baru sedar sebab dia pun baru balik dari kerja...Penyamun ni beroperasi di waktu siang!




Dan the next day, which is hari Rabu pulak, sebaik sampai ke rumah (lepas balik kerja gak la nih, dalam 6 lebih) Jimi la perasan, pintu grill dan pintu kayu jiran sebelah rumah terbukak/ternganga ja...ehh..mungkinkah? tapi dalam hati- mungkin tidak..takkan rumah sebelah kena rompak...mungkin tidak... Jimi tolak pintu gate, sah dah terbukak walaupun padlock masih lekat di situ, jeng jeng, pi kat pintu depan tu, tgk memang sah kena kopak! omg! terus aku tepon jiran sebelah tu yg belum pulang dari kerja lagi... ciann, dia tgh dok order nak makan kat kedai. kelam kabut la depa balik rumah. huhuhu lcd tv hilang, laptop dan tabung dalam laci berkunci (wife punya wardrobe).

Daripada dua kejadian pecah masuk rumah di atas, dapat disimpulkan dan sama2 kita amik iktibar dan teladan:




1. Pintu gate jangan la padlock sahaja, tapi kena clamp/ikat kuat2 hehe

**kalau kena panjat2 gate, penyamun mcm turn off la sket kan..nampak sgt dia penyamun! haha ada saksi kejadian kata nampak dalam jam 4ptg kereta kancil depan rumah jiran nih, dan lelaki yg keluar dari kancil tu pun pakai smart, berkemeja lagi, so depa ingat tuan rumah kot :p


gambar contoh clamp/grill lock:




2. Jangan sidai baju di ampaian/penyidai (yg boleh tolak2 tu) di DEPAN RUMAH!

**ha bab penyidai ni kan aku dah penah cakap..selain buruk mata memandang, ia juga mengundang penyamun tau! dengan selamber penyamun tu sorong penyidai/ampaian yg penuh dengan baju tu hingga mengcover pintu depan rumah, so dia bleh dengan senang hati lalala-nya mengumpil pintu, org lalu lalang pun tak nampak (ampaian penuh baju dah tolong cover)...


gambar contoh penyidai/ampaian:






Tapi...benda2 ni kena tawakal jek la kan..berdoa mohon dijauhkan musibah mcm ni huhuhu takutttt..sebelah rumah jek tu..huhuhu

Tuesday, July 28, 2009

Ketidaktentuan...

Pending lagi 2 benda yg masih ketidaktentuan dalam hidup saya..benda yg paling penting la, bukan benda remeh temeh seperti 'jab gi hujan ke tak?' or 'adakah saya kena demam denggi?'...tetapi sangat super penting iaitu:

1. Pertukaran tempat kerja - dapatkah saya tukar tempat kerja secepat mungkin, kerana kalau lambat, majikan baru dah tak larat tunggu dan ramai lagi yg apply...maybe majikan baru akan amik ja sapa yg boleh masuk cepat...huwaaaaaa....sia sia ja. tempat saya sekarang sudah ada pengganti dan GM dah sign untuk lepaskan saya..dan paling penting dah takdak hati nak buat keja skarang...camno tu?!
IMPLIKASI: sgtlah penting hingga menyebabkan emosi tak stabil, tak bleh tidor malam dan di saat saat genting boleh membawa kepada pertumpahan air mata huhu
RASA NAK TERAJANG: apabila saya merayu dan mengharapkan proses pertukaran boleh dipercepatkan oleh HR, HR punya bos memberi jawapan ' what do u expect? this is TI EM' ??!!! dan boleh bila terjumpa di building tempat majikan baru (saya kekadang pegi sbb ada meeting), boleh bos HR tanya saya 'eh, dah keje sini ke?' dengan tersenyum sinis dan MEMANG PERLI la kan..ko bos HR takkan taktau aku dah lepas ke tak!
HARAPAN: masih ada, kerana manager HR (bawah bos HR tu) sgt prihatin dan efisyen, I LIKE! Dia kata saya takyah tunggu sampai bulan September, dan boleh pindah tempat kerja secepat mungkin...amin.

2. Bila nak dapat pengganti keretaku niii - sudah 2 kali terlepas kereta idaman kerana lambat made decision..huwaaaaa ye la, bukan skit2 RM nak kuar ni, bukan sebulan dua nak pakai niiii...haiyyaaaa dah bukan rezeki, ye tak? nak sedapkan hati hehe
IMPLIKASI: juga sangat penting sebab kerja sekarang kena meeting sana sini dan kekadang ada event, sgt patah kaki dan mengharapkan belas ehsan org nak tumpangkan. Dah biasa independent kan, nak ke mana2, pacu ja kereta sendri hihi patah kaki patah kaki....tension tension hmmm
RASA NAK TERAJANG: apabila saya telepon dealer kereta import itu, dan dia dengan konfiden kata ada-ada kereta yg saya cari itu dan dengan spec yg saya nak tu..alih alih pegi (bukan dekat2 nih!..dah la kena ajak kawan tumpangkan kereta dia) takdak pun yg dia kata ada tu kat showroom dia, dan spec ntah hapa2, tak sama dengan yg saya cari! apakah! hellooo..saya nih datang jauh tau! kena tumpang kereta org pulak tuh! hangen lah nihh....
HARAPAN: juga masih ada, tapi terpaksa gamble lah..kena jugak buat booking walaupun kereta masih blum tiba..(seems like everybody is doing that - booking & loan dah approve before they even see the car! - series mcm goreng pisang panas ini kereta) harap dapat seperti spec yg dijanjikan dan tak kena tipu. Kalau tidak, kena restart cari baliikkkk....

*saspen saspen..mana dapat dulu, tukar tempat kerja or kereta jeng jeng jeng...

Tuesday, July 21, 2009

Penantian satu penyeksaan

bila la nak dapat transfer kerja ni...

terseksanyaaa menungguuuu...

tau tak? seksa tau....tau tak?

mesti HR taktau, kalau tidak, tak la se lama ini menungguuu...

korang tak tau..korang tak rasa penyeksaan ni...

*tak buat org menangis tak sah keeeeee.... :(

Monday, July 20, 2009

Tarik Upih

Ada lagi ka budak2 skarang main tarik upih nih? hehe

Mirza dapat merasa time balik kampung last weekend :)

Thursday, July 16, 2009

Feeling of LOST



Is no longer mine.....sedey.....sebak ja bila pagi tu, for the last time bawak KAX to carwash, cuci kilat2, bagi cun2 sebelum nak bagi ke owner baru...

Come to think of it, macam nak lepaskan anak gadis kita untuk dikahwinkan...bleh samakan ke? hehehe Tak penah lak rasa cmana coz tak penah mengahwinkan anak pompuan (anak pompuan pun takdak lagi heh) Tapi situasinya hampir sama, time anak gadis nak kawen, parents buat persiapan, mekapkan cantik2 lawa2, pakai baju cantik2... sebelum diserahkan ke bakal husband dia tu kan...camtulah aku, letting go KAX....sebak...Jimi lagi sebak, dia yang selama ni sungguh belai dan jaga gila KAX tu :) I hope the new owner take gud care of KAX the way Jimi & me take very gud care of KAX. Life must go on kan...hmmm We think its the right time to change to a new car.


Msg from buyer at our Fotopages:

Thanks Kak Maiz, Abg Jimi & Mirza coz telah menjualkan civic EK3 ni kat sy. Sy akan jga civic ni baik2 spt mna anda sekeluarga m'jaganya..


Reply from me:
*sebak* hope you two get along well


~sungguh terasa kekosongan & kehilangan huhu bila nak dapat pengganti ni hehe

Monday, July 13, 2009

2009 - The year of CHANGE for the 3 of us...

Alang alang semua benda nak kena change to a new one...apa kata blog pun I changed to a new one...hohoho

So, as the title goes...I will start my blog dengan cerita ceriti perihal CHANGEs yg berlaku dalam hidup me, Jimmy & Mirza for the year of 2009...

Believe it or not...2009 telah menyebabkan berlakunya major changes in our lives - HOUSE, WORK, CAR...you name it, we got it! phew!

Will continue in details later :)